
Di Sebalik Figura Unik Ayahanda Rani Kulop Malaysia
Ada apa di sebalik figura Ayahanda Rani Kulop?
Siapa yang tidak kenal dengan figura ini? Mesra disapa sebagai ‘Ayahanda’ atau ‘Ayah’, pemilik nama Abdul Rani Kulop Abdullah ini juga dikenali sebagai Raja Report oleh rakyat Malaysia.
BACA: Di Sebalik ‘Tarian Keranda’, Ini Tradisi Pengebumian Penuh Gaya Di Ghana
Berusia 65 tahun, beliau merupakan seorang pesara tentera berpangkat Pegawai Waran 1 yang seringkali muncul ke hadapan melakukan laporan polis apabila terdapatnya pelbagai isu di dalam media sosial terutamanya yang melibatkan kepentingan agama, Raja dan Melayu.
Menurut temu bual yang dijalankan secara eksklusif bersama media Malaysia Gazette, Rani Kulop sering menghiburkan rakyat Malaysia dengan imej dirinya; muka sentiasa serius, berambut panjang, bercermin mata hitam dan lengkap berpakaian seragam.


Memegang jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MHMM), beliau yang merupakan anggota Unit Combat Intelligence Squad (UCIS) sudah 22 tahun berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Beliau enyertai pasukan tentera pada 1973 iaitu ketika negara sedang menghadapi pergolakan akibat serangan pengganas komunis berterusan.

Pernah dipilih sebagai penuntut terbaik semasa menghadiri kursus di Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK) di Kem Terendak, Melaka, Rani Kulop pertama kali mendapat perhatian media apabila melakukan laporan polis mengenai isu coklat Cadbury yang diragui status halalnya pada tahun 2012.
Laporan polis dilakukan dengan tujuan menghentikan isu-isu berbaur penghinaan yang terdapat dalam medium media sosial yang boleh mengancam keharmonian negara yang rakyatnya berbilang kaum, agama dan bangsa.
Pada tahun 2018 sahaja, beliau mendedahkan sebanyak 1,000 laporan polis sudah dilakukan.
Sering tampil dengan gaya bercermin mata hitam, ada rahsia di sebaliknya. Kata Ayahanda, beliau sebelum ini rabun namun sudah pulih dan cermin mata hitam sudah digunakan sejak berbelas tahun lamanya.
Fon telinga yang dipakai sudah menjadi trademark bahawa beliau adalah Ayahanda Rani Kulop. Menjadi simbolik kepada mendengar keluh kesah rakyat beliau merasakan sebagai seorang pemimpin beliau perlu menjalankan kewajipannya mendengar aduan rakyat.
Memiliki pelbagai jenis tongkat, Rani Kulop berpendapat bahawa tongkat melambangkan kuasa dan kepimpinan seseorang.
Memiliki dua orang isteri, kali pertama beliau berkahwin adalah pada tahun 1981 dan hasil daripada perkahwinan tersebut, beliau dikurniaan enam orang anka dan 11 orang cucu. Berkahwin kali kedua pada tahun 2003 dan memiliki lagi tiga orang anak, beliau selalu bersikap adil dalam melayani kedua-dua orang isterinya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2589896137962689&id=1753773051575006
Terkenal dengan moto kipidap dongibap dan ko tunggu aku report polis, ramai yang menjadikan gambar dan video beliau sebagai meme di media sosial.
Tak ramai yang tahu, figura ini mempunyai bakat dalam bidang muzik dan pernah menganggotai kumpulan muzik Sometimes. Tampil berlakon dalam filem pertama menerusi filem arahan Eyra Rahman yang bertajuk Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi, Rani Kulop juga pernah muncul dalam telefilem Rongples Rongtaim di slot Karya 12, Astro Citra.
Sumber: Malaysia Gazette, Wikipedia