GSC Membeli MBO

Di Sebalik Cabaran Perniagaan, GSC Umum Beli Aset Pawagam MBO

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di Sebalik Cabaran Perniagaan, GSC Umum Beli Aset Pawagam MBO

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula pada Januari lalu, sebilangan besar pawagam di sini dilaporkan telah mengalami banyak masalah kewangan sejak bermulanya krisis COVID-19.

Manakala rangkaian pawagam yang lebih kecil MBO, telah mengumumkan penutupan operasi mereka pada bulan Oktober tahun lepas.

BACA: Sukar Bertahan Akibat Pandemik COVID-19, MBO Cinemas Dijangka Tutup Operasi Buat Selamanya

Lantaran itu, pengusaha pawagam dan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pembukaan pawagam selepas beberapa sektor ekonomi termasuk perkhidmatan bukan keperluan utama dibenarkan beroperasi.

Namun, di sebalik cabaran persekitaran perniagaan mencabar ketika ini, Golden Screen Cinemas (GSC) yang dimiliki oleh PBB Group Bhd telah membeli majoriti aset rangkaian pawagam MBO.

Memetik sumber Berita Harian, GSC memeterai penjualan aset pada 23 Februari lalu untuk mengambil-alih majoriti aset MCAT Box Office Sdn Bhd dan juga Reel Entertainment Holdings Sdn Bhd.

Pengambilalihan itu dapat dilihat bahawa kedudukan GSC terus mengukuh dalam arena pawagam tempatan walaupun masing-masing sedang terkesan teruk dengan PKP berikutan pandemik COVID-19.

Sementara itu, pengumuman terkini oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyatakan aktiviti tayangan filem di pawagam dibenarkan seluruh negeri yang berada di bawah PKPB dan PKPP, bermula pada 5 Mac ini.

Berikut merupakan antara filem yang bakal ditayangkan oleh GSC kepada pengunjung. Layari laman media sosial pihak pawagam untuk mengetahui info lebih lanjut.

https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/10159787886807275