Mafia Itali Larang Ambulans Bunyikan Siren

Di Itali, Ambulans Dilarang Bunyikan Siren Atas Sebab…

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di Itali, Ambulans Dilarang Bunyikan Siren Atas Sebab…

Dalam suasana kehidupan harian tertangguh akibat pandemik koronavirus, geng jenayah seluruh dunia banyak yang hilang punca dan terpaksa letak senjata.

Namun bagi kumpulan mafia di Itali, mereka tetap aktif melibatkan jenayah pengedaran dadah walaupun telah kurang terlibat jenayah berdarah.

Di Naples, selatan Itali, ahli mafia dilaporkan mengancam ambulans untuk berhenti membunyikan siren mereka kerana ia akan mengelirukan pengedar dadah.

Bunyi siren ambulans itu dikatakan boleh menganggu perniagaan pengedaran dadah dan akan menakutkan pelanggan mereka kerana menyangka kehadiran polis di kawasan itu.

Disebabkan ancaman terbabit, pemandu ambulans di Naples menuntut perlindungan dari pihak polis daripada gangguan mafia di kawasan itu.

Dalam satu kejadian yang dilaporkan pada Sabtu lalu, dua anggota mafia memberhentikan sebuah ambulans dan mengancam mahu membunuh pemandunya jika menggunakan siren sepanjang perjalanan ke bandar selatan.

Mafia Itali Larang Ambulans Bunyikan Siren

Menurut mangsa, dia ketika itu dalam perjalanan ke sebuah bandar. Mangsa menghidupkan bunyi siren dan lampu kecemasan sebelum didatangi dua penunggang motosikal besar yang kemudian mengepitnya.

“Tak fahamkah kau tak boleh guna siren di sini? Matikan atau kami tembak!” kata suspek.

Malangnya, kejadian itu telah mengakibatkan ambulans lambat tiba di lokasi untuk menyelamatkan pesakit yang mengalami serangan jantung.

Selepas kejadian itu, petugas perubatan terpaksa meminta polis mengiringi dan memastikan keselamatan pemandu ambulans sekiranya terdapat kes kecemasan di luar kawasan.

Kes yang sama pernah dilaporkan berlaku di Naples yang membabitkan seorang doktor berusia 42 tahun.

“Kami diarahkan untuk tidak menggunakan siren di kawasan kejiranan lain termasuk Sanita dan Traino di mana ambulans yang berpangkalan di tempat itu hanya dibenarkan menghidupkan bunyi siren setelah keluar dari kawasan itu.”

Difahamkan, lebih 300 insiden seperti itu berlaku dalam masa tiga tahun di bandar berkenaan.

BACA: Bagaimana Budak 15 Tahun Berjaya Bina Empayar Dadah Hingga Dikenali Sebagai Kartel Paling Kejam Di Dunia

Sumber: edmtunes