Demi Tuhan Aku Bersaksi

‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ Telemovie Terbaik – Mufti Wilayah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mengangkat tema ‘mak nyah’ ramai yang mengecam pihak produksi yang terlibat dalam penerbitan Demi Tuhan Aku Bersaksi kerana meluluskan tayangan di peringkat umum atas dakwaan memburukkan institusi keagamaan.

Di bawah rumah terbitan Prokuya Studios telemovie ini mendapat liputan meluas sedangkan ianya masih belum ditayangkan di kaca televisyen.

BACA: Tema Filem ‘Tahfiz Gay’ Bukan Seperti Yang Ditularkan, Ini Kisah Sebenar…

Peka dengan perkara ini, pihak Mufti Wilayah Persekutuan bersama beberapa tokoh agama dan wakil institusi tahfiz telah dijemput sendiri untuk menilai dan memberikan ulasan berkenaan telemovie tersebut.

Filem tahfiz gay

Ini PENDAPAT mereka mengenai filem tersebut:

1. Lakonan para pelakon yang menjadi dan ‘hidup’.

2. Jalan cerita lain daripada yang lain dan menarik. Kelakuan ‘mak nyah’ hanya sebagai mukadimah cerita sebelum watak bertaubat.

3. Kesan perilaku ‘mak nyah’ dikekalkan oleh Hamid (Syafie Naswip) dari awal hingga akhir cerita; percakapan, lenggang lenggok, sifat ‘kelembutan’.

4. Gambaran pembelajaran di tahfiz tidak dipaparkan kecuali hanya ketika berada di pondok.

5. Plot menarik kerana memaparkan situasi sebahagian kehidupan; kebiadapan watak Latif kepada gurunya yang bawa kepada penyesalan.

Filem tahfiz gay 2

 

Tidak seperti yang diandaikan, pihak mereka mendapati ada beberapa NILAI DAN IKTIBAR yang disampaikan kepada penonton. Antaranya keseimbangan kehidupan dalam beribadah dan berinteraksi antara manusia kerana ramai yang hanya menumpukan kepada aspek ilmu dan ibadah tanpa menjaga hubungan sesama mereka.

Selain itu, telemovie ini turut memaparkan kesan fitnah dan tuduhan secara melulu dan cepat menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik seperti yang banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita hari ini terutamanya dalam dunia media sosial.

Bukan hanya itu, ada juga nilai terpuji yang mana watak mengaku kesilapan diri dan melakukan permohonan maaf selain daripada sifat mahu berbakti kepada kedua ibu bapa walaupun tersasar sedikit daripada kehidupan.

Filem tahfiz gay 1

Pihak Mufti turut mengemukakan beberapa CADANGAN seperti menambah baik trailer agar cara penyampaian tidak bersifat mengelirukan dan mengundang anggapan yang tidak baik, mengemukakan beberasa peringatan dengan nas Illahi dan Hadyun Nabawi kepada beberapa isu.

Mereka juga meminta agar pihak produksi dapat memaparkan kesudahan yang baik yang mana kesemua watak kembali kepada fitrah menjadi manusia yang berguna serta memperbaiki beberapa perkara agar ianya boleh menjadi naskhah yang lebih baik.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Tiada lagi Ultraman tipu di Malaysia.

Penghapusan Ultraman Ciplak di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.