Kedai Warga Asing Ditutup DBKL

Demi Pastikan Tiada Penjaja Warga Asing, Lebih 100 Kedai Kini Ditutup DBKL

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Farah Lee bukanlah seorang pelakon mahu pun penyanyi yang terkenal dalam dunia hiburan Malaysia. Dikenali dengan tulisan-tulisan yang menyentuh emosi, Farah Lee juga sedang giat mengendalikan perniagaan pakaian wanita miliknya.

Memilik seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan bekas suami, Ally Iskandar, Farah Lee kini sedang menyambung pengajian sarjana dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di University of Leeds.

Percutian beliau dan anaknya ke Spain baru-baru ini mendapat perhatian rakyat Malaysia terutamanya daripada kalangan peminat K-Drama kerana salah satu lokasi yang beliau kunjungi merupakan latar sebuah drama Korea yang popular.

Farah Lee Alhambra
Sumber: Wall Asian

Memories of Alhambra, lakonan mantap Park Shin Hye dan Hyun Bin menjadikan Alhambra dan Granada sebagai lokasi trending dalam kalangan peminat K-Drama.

Merupakan lokasi kedua selepas lawatan ke Portugal, Farah Lee berkongsi di laman Instagramnya mengenai perjalanan percutiannya. Memulakan perjalanan pada 24 Disember lalu, Farah Lee memperuntukkan tempoh masa lebih kurang 10 hari bagi menikmati percutian ini.

Farah Lee Alhambra

Turut berkongsi bahawa dirinya tidak sempat memasuki Alhambra kerana ditutup pada 31 Disember dan 1 Januari, Farah Lee sempat bergurau bahawa peristiwa itu seakan seperti sengaja menyuruhnya datang kembali mengunjungi Sapain.

https://www.instagram.com/p/BsILrRbgwtd/

Sambil berkongsi gambar-gambarnya di Granada, Farah Lee turut menulis sedikit mengenai informasi atau sejarah lokasi tersebut untuk pengetahuan pengikutnya.

https://www.instagram.com/p/BsI3TXXAzIT/

https://www.instagram.com/p/BsIOi8qAL6z/

Tidak tahu bahawa lokasi pilihannya merupakan salah satu lokasi penggambaran drama popular itu, ruangan komen di Instagram Farah Lee di lokasi Granada penuh dengan komen-komen peminat K-Drama yang turut sama teruja dengan percutian beliau.

https://www.instagram.com/p/BsJL3iigRLR/

Terasa teruja pula mahu ke Alhambra bila lihat perkongsian gambar di Instagram daripada Farah Lee. Bila lagi AirAsia nak buat promosi tiket? Mana tahu boleh ke sana tahun depan.

Sumber: Instagram Farah Lee

Jom tengok video top 5 makanan jalanan yang terkenal di dunia dalam paparan di bawah.

5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.