
Demi Kasih, Seorang Nenek Sanggup ‘Seludup’ Makanan Buat Cucu Setiap Hari Tanpa Gagal
Ramai orang kata, kasih sayang atuk dan nenek terhadap cucu berbeza dengan kasih sayang ibu bapa. Mungkin disebabkan faktor usia, atuk dan nenek sering memanjakan cucu mereka.
Baru-baru ini tular sekeping gambar seorang nenek yang sanggup ‘menyeludup’ makanan kepada cucu kesayangannya melalui pagar sekolah. Melalui perkongsian daripada yang dikongsikan semula oleh Anee Hamid, nenek tersebut sanggup menghantar makanan kepada cucunya di sekolah semasa sesi rehat waktu persekolahan.
Namun disebabkan peraturan sekolah di daerah Tawau, Sabah yang mungkin tidak membenarkan, nenek ini terpaksa ‘menyeludup’ bekalan buat cucu kesayangan melalui kawasan pagar sekolah.
Benarlah kata orang, dalam sekeping gambar terkandung banyak cerita, dan gambar ini menceritakan kasih sayang tak berbelah bahagi daripada seorang nenek kepada cucunya dalam menuntut ilmu dengan membekalkan makanan hasil air tangannya tanpa gagal.
Melihatkan gambar ini, terkenang pula kisah dengan nenek sendiri. Jika anda ada kisah dengan nenek anda, bolehlah kongsikan bersama kami di ruangan komen.
Ingat geng, 18 September Hari Rambo. Bolehlah bergaya macam Rambo masa ini.
Lionsgate Mengumumkan 18 September sebagai Rambo Day
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.