
Demi Hasilkan Mahasiswa Berkualiti Tinggi, KPM Perkenal 2 Kursus Baharu Wajib Ambil
Ketegangan yang menyusul antara Malaysia dan Singapura berkaitan laluan udara untuk penerbangan di Lapangan Terbang Seletar masih belum mempunyai kata putus.

Malaysia membantah Singapura yang ingin melaksanakan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar, Singapura pada awal tahun hadapan kerana laluan penerbangan untuk sistem itu akan memberi impak negatif kepada pembangunan di Pasir Gudang susulan sekatan ketingggian struktur di kawasan berkenaan.
Singapura mahu menggunakan ILS di Lapangan Terbang Seletar untuk membolehkan pesawat terbang dengan selamat walaupun dengan jarak penglihatan yang kurang. Walaubagaimanapun, laluan penerbangan yang mahu digunakan Singapura dengan ILS membabitkan ruang udara serta pembangunan di Pasir Gudang, Johor.
https://www.facebook.com/lokesiewfook/videos/272125803497410/
Sebelum ini, juruterbang boleh mengendalikan pesawat tanpa menggunakan ILS dengan mengelilingi halangan dan tiada peraturan mengenai had ketinggian di kawasan laluan penerbangan Seletar. Namun sekarang dikenakan had ketinggian bagi ILS yang membantu pesawat mendarat khususnya ketika penglihatan kurang baik.
Susulan daripada isu tersebut, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke berkata langkah itu bertentangan dengan prinsip kedaulatan negara seperti yang diperuntukkan oleh Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa. Oleh itu, Malaysia meminta Singapura melaksanakan tatacara ILS yang baharu agar tidak memberikan apa-apa kesan tambahan kepada pengguna ruang udara yang lain.
Manakala, Singapura mendakwa Malaysia tidak pernah membangkitkan sebarang bantahan mengenai perkara itu, sebelum ini.
Kementerian Pengangkutan (MoT) Malaysia berpandangan isu ini boleh dielakkann dengan melaksanakan tatacara ILS yang baharu bagi Landasan 03 di sebelah selatan Lapangan Terbang Seletar, dan bukannya Landasan 21 di sebelah utara yang dibantah.
Manakala MoT Singapura berkata dakwaan pelaksanaan tatacara ILS untuk laluan sebelah utara dikatakan menceroboh kedaulatan Malaysia serta undang-undang dan standard antarabangsa adalah tidak benar. Ini kerana sifat penerbangan awam antarabangsa adalah penerbangan harus melintasi ruang udara negara-negara yang berbeza.
Sebelum ini, MoT Malaysia berkata perbincangan pada 30 November 2018 hanya mengkaji rekod perbincangan hari sebelumnya (29 Nov) mengenai Pengurusan Surat Perjanjian 1974 dan keputusan Malaysia untuk mengambil balik ruang udara kedaulatan yang diwakilkan kepada Singapura untuk penyediaan perkhidmatan trafik udara dan tatacara ILS yang baharu untuk Lapangan Terbang Seletar.
MoT Malaysia ingin mengulangi bahawa tidak pernah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, sama ada bersetuju atau memberi kebenaran bagi penyiaran tatacara ILS yang baharu untuk lapangan terbang Seletar.
Bagi menyelesaikan isu ini dengan lebih lanjut, Malaysia akan mengemukakan cadangan balas kepada Singapura untuk manfaat bersama antara Malaysia dan Singapura. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong mesej Menteri Pengangkutan kita: tiada masalah dengan Seletar, asalkan tidak menggunakan ILS di ruang udara Pasir Gudang.
Sampai bila Malaysia perlu beralah sehingga perlu berkorban pembinaan pembangunan di Pasir Gudang jika ILS dilaksanakan nanti?
Sumber: Malaysia Kini
Trending now



