
Deko Rumah Dengan Karpet Bulu Gebu, Ini 5 Kedai Shopee ‘Trusted Seller’ Yang Boleh Anda Pertimbangkan
Lima kedai trusted seller yang boleh anda pertimbangkan untuk beli karpet bulu.
Rumahku, syurgaku.
Saat pandemik melanda, ramai daripada kita yang diminta untuk bekerja dari rumah. Susulan itu, ramai jugalah yang cuba mencipta suasana persekitaran yang kondusif di rumah untuk kekal produktif.
Termasuklah mendeko rumah supaya menjadi lebih ceria.
Buat anda yang sedang mencari karpet untuk melengkapkan deko rumah, di sini kami senaraikan lima penjual karpet bulu yang boleh anda percaya di Shopee.
Menawarkan empat jenis pilihan saiz, iaitu 50cmx120cm, 80cmx160cm, 120cmx160cm dan 160x230cm, harga yang ditawarkan untuk karpet bulu gebu adalah serendah RM11.59 hingga RM95.85.

Anda boleh pilih warna coklat, karamel, putih, coklat gelap, hijau, kelabu, ungu muda, merah jambu, merah jambu ros dan merah wine.
Paling menarik, sempena tawaran hari gaji anda boleh dapatkan karpet ini dengan harga serendah RM29.40 sahaja.
2. Vibe111 (RM12.90 – RM87.90)
Jenis yang sama, namun karpet bulu daripada Vibe111 berbeza daripada segi warna yang kelihatan seperti bershading.

Menawarkan lima jenis saiz iaitu 40x60cm, 80x120cm, 150cmx200cm, 200cmx230cm dan 200x270cm, ada enam pilihan warna yang boleh anda pilih seperti kelabu gelap, khaki, kelabu terang, biru gelap, ungu dan merah.
Sama seperti nama kedainya, karpet gebu yang dijual di sini tergolong dalam kategori harga yang agak murah jika dibandingkan dengan saiznya iaitu 140cmx190cm.
Biarpun hanya menawarkan satu saiz, tapi pilihan warna yang ditawarkan boleh dikira agak luas.

4. Just About Design (RM6.40 – RM36.16)
Di sini, anda boleh dapatkan karpet dengan bentuk bulat, berbeza dengan tiga pilihan di atas tadi.
Sesuai diletakkan di bilik tidur atau bilik persalinan, kedai ini menawarkan dua jenis saiz iaitu 40cmx60cm dan 120cm.

Pilihan warna yang boleh anda dapati ialah kelabu, coklat muda, ungu, hijau, merah dan latte.
5. Busan 1988 (RM10 – RM29.90)
Sama juga berbentuk bulat seperti yang dijual di Just About Design, karpet di kedai ini menawarkan tiga varian saiz iaitu 60cmx60cm, 80cmx80cm dan 110cmx110cm dengan harga serendah RM10.90 sahaja.
Berbeza dengan yang di atas, di sini warna karpet ada bertona.

Antara barang lain yang boleh anda pertimbangkan untuk beli sempena jualan 9.9 ini ialah:
- Pengering Rambut Bawah RM50
- Mop Cordless
- Vakum Robot Bajet
- Tablet Pelajar Bajet RM500
- ‘Organizer’ Peti Ais
- TV Bajet RM300
- Air Fryer Bajet RM200
- Barang Dapur ‘Viral’
- Smart TV Bajet RM500
Trending now



