DegoRide Percuma 1

DegoRide Kembali Dalam Fasa Ujian Dengan Tawaran Perkhidmatan Secara Percuma

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

DegoRide merupakan perkhidmatan motosikal seperti teksi yang pernah dihalang untuk meneruskan operasi oleh kerajaan pada awal ia diperkenalkan iaitu sekitar tahun 2017. Sebelum diharamkan, DegoRide berjaya menggajikan lebih 1,500 orang penunggang motosikal dengan gaji sekitar RM1,500 sehingga RM3,000.

Namun setelah dipertimbangkan pada tahun ini DegoRide kembali dibenarkan untuk beroperasi melalui fasa ujian boleh digunakan sebagai teksi-motosikal dan medium penghantaran barangan.

Sebelum ini DegoRide mengehadkan jarak maksimum perkhidmatan mereka sehingga 3km dengan caj RM3, kini untuk fasa ujian pengguna boleh mendapatkan khidmat mereka secara percuma dengan sekali percubaan.

DegoRide Percuma

Walaupun di paparan aplikasi anda akan melihat RM3 diletakkan sebagai caj perkhidmatan, namun jangan risau pengguna kali pertama tidak perlu membayarnya sebaliknya caj tersebut akan mula dikenakan untuk penggunaan kedua dan seterusnya.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang DegoRide hanya mempunyai penunggang motosikal di kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah ke lama DegoRide untuk tempahan ujian perkhidmatan ini di SINI.

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1m4DvoHgme/