
Degil Enggan Catat Suhu Pelanggan, Restoran Ini Diarah Tutup Serta Merta
Dengan populasi rakyat seramai 24 juta dan hampir 97% daripadanya ialah penganut Buddha dan Toist, ramai Muslim yang mengeluh apabila menjadikan destinasi ini sebagai lokasi percutian.
Isu makanan halal merupakan antara masalah yang paling kerap dikeluhkan bukan sahaja oleh pelancong Muslim malah 3% daripada penduduk Muslim di sana.
Menyedari masalah ini, 9 orang mahasiswa National Taiwan University of Science telah membangunkan satu aplikasi yang memudahkan Muslim di Taiwan untuk mencari makanan halal, iaitu Halal.TW.

Pada awalnya aplikasi tersebut dibangunkan untuk membantu rakan-rakan sekuliah dalam mengetahui lokasi makanan halal yang patuh syariah dan murah.
Sejak dilancarkan pada 2017, aplikasi ini sudah dimuat turun oleh lebih 10,000 pengguna yang terdiri daripada masyarakat Islam tempatan dan pelancong Muslim.
Sudah menyenaraikan lebih 256 lokasi yang terdiri daripada gerai, restoran, dan hotel yang mendapat pengiktirafan halal dari badan penyelia dan pemantau iaitu Persatuan China Muslim (CMA), Halal.TW juga menyediakan senarai masjid, surau atau kawasan yang dibuka untuk Muslim menunaikan solat.
Mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Taiwan, kumpulan mahasiswa ini diberikan geran berjumlah TWD950,000 untuk terus membangunkan aplikasi Halal.TW.
Buat pelancong Muslim, anda kini tidak perlu lagi berfikir panjang apabila mahu melancong ke Taiwan. Muat turun sahaja aplikasi Halal.TW, perjalanan aktiviti pelancongan anda akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Sumber: Utusan Online