Media Polis

Dedahkan Pada Media, Kesilapan Yang Tidak Sepatutnya Dilakukan Oleh Pihak Polis?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Laman Facebook The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad sekali lagi membuat perkongsian mengenai isu semasa yang diulas oleh barisan peguam dari sudut perundangan.

Kali ini, mereka mengulas mengenai tindakan pihak polis yang mendedahkan keterangan dalam siasatan ke atas suspek kejadian malang pergaduhan dua beradik sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa baru-baru ini.

Kenapa sebenarnya pihak polis tak patut dedahkan? Malah, mahkamah sendiri pun sebenarnya tak boleh dedahkannya. Ikuti perkongsian yang dibuat oleh mereka berikut untuk mengetahui jawapannya.

Media Polis

Kami dah pernah cakap benda ni, kami nak cakap lagi sekali.

Polis tak sepatutnya dedahkan keterangan dalam siasatan suspek.

Simple je. Kenapa? Sebab keterangan dalam siasatan ni dalam mahkamah pun tak boleh dedah.

Dah kalau dalam mahkamah pun tak boleh, apa buat kau rasa kau boleh dedahkan di media?

Benda ni akan mencipta persepsi. Di mahkamah, persepsi ni mungkin ganggu pertimbangan hakim. Di media, persepsi ni akan menghukum suspek sebelum kes dituduh.

Kalau nak cerita berdasarkan siasatan ke risikan ke, suka hati lah. Tak ada masalah pun. ”Hasil siasatan pihak kami mendapati kejadian bla bla bla”. Cukup dah kot ye pun nak update masyarakat.

Kes ni nasib baik orang nampak cerita selain yang polis sampaikan. Banyak lagi cerita ’suspek mengaku’ yang lain di mana kejadian penuh, konteks kejadian tak diketahui pun oleh masyarakat.

Hasilnya walaupun mahkamah akhirnya dapati tak ada perbuatan jenayah, sampai ke hujung nyawa orang tu kena tanggung persepsi yang dibuat semasa kenyataan media yang macam ni.

BACA: Rakam & Viralkan Mangsa Kemalangan Yang Trauma, Normalisasi Yang Patut Dihentikan!

Sumber: The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad