Dedah ‘Kedegilan’ Tun M Lepaskan Jawatan PM Ke-7, Ini Antara ‘Sindiran’ Agong Di Parlimen 1

Dedah ‘Kedegilan’ Tun M Letak Jawatan Sebagai PM, Ini Antara ‘Sindiran’ Agong Di Parlimen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen bermula awal pagi tadi menyaksikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14. Antara isi yang menarik dalam persidangan berkenaan adalah apabila Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dedah ‘kedegilan’ Tun Mahathir Muhamad dalam melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-7 pada akhir Februari lalu.

Pendedahan yang dibuat itu nyata mengejutkan ramai apabila melihatkan kepada keadaan sekarang yang mana Tun M seakan beria-ia mahu Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin diturunkan daripada jawatannya.

BACA: Tun M Masih Pertikai Pelantikan Muhyiddin Sebagai PM, Dakwa Ianya Tidak Tepati Undang-Undang

Titah baginda, dalam pertemuan tersebut, baginda telah meminta agar Tun M tidak meletak jawatan, namun Tun M masih tetap dengan keputusannya. Tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan, baginda kemudiannya bertanggungjawab melantik seorang Perdana Menteri baharu untuk menggantikan kekosongan jawatannya.

Agong dedah ‘kedegilan’ Tun M lepas jawatan Perdana Menteri ke-7

Dedah ‘Kedegilan’ Tun M Lepaskan Jawatan PM Ke-7, Ini Antara ‘Sindiran’ Agong Di Parlimen
Sumber: Astro Awani

Baginda turut bertitah bahawa Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada baginda untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Pada 25 dan 26 Feb Beta telah mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka. Pada 29 Feb, Beta telah menitahkan semua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama seorang Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Atas permintaan beberapa ketua parti politik, Beta telah berkenan pula untuk melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik mengemukakan pencalonan mereka agar masa yang cukup diberikan dalam mereka membuat perhitungan secara demokrasi.”

Malah baginda juga sempat berpesan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat supaya tidak menjadikan perbezaan pendapat sebagai alasan untuk bermusuhan, sebaliknya perlu digunakan sebagai platform dalam mencetuskan idea-idea baharu dalam membangunkan negara.

Baginda juga mengingatkan agar negara tidak diheret negara kepada masalah politik semasa rakyat sedang mengalami masalah susulan pandemik COVID-19, yang membawa kepada persidangan sehari yang hanya mengandungi titah baginda sahaja.

Baginda juga sempat bertitah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 kerana telah mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Tonton penuh Sidang Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di pautan INI: SIDANG DEWAN RAKYAT PARLIMEN KE-14 – 18 MEI 2020

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.