
DBP ‘Kena Bahan’ Gara-Gara Iklan “Sanggup Bekerja Lebih Masa Tanpa Bayaran”
Satu iklan jawatan kosong yang dimuat naik di laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) dikecam teruk oleh netizen kerana meletak tuntutan “Sanggup Bekerja Lebih Masa Tanpa Bayaran Lebih Masa” sebagai salah satu dari syarat Kelayakan Pemohon.
Wan Zamzahidi Wan Zahid kemudiannya membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi memohon penjelasan dari pihak DBP:
Ada iklan jawatan kosong kerani kontrak (MySTEP) di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang menyatakan calon mestilah boleh bekerja lebih masa tanpa bayaran lebih masa.
Ramai memberikan komen di laman FB DBP berkaitan isu ini tetapi malangnya, pihak DBP hanya diam seribu bahasa. Harap ada penjelasan dari DBP sama ada jika pekerja dikehendaki kerja lebih masa, tidak boleh buat tuntutan bayaran lebih masa tetapi boleh tuntut gantian masa rehat atau memang tiada perlu kerja lebih masa atau memang pekerja akan dikehendaki bekerja lebih masa secara sukarela tanpa bayaran.
Kalau nak jelaskan dalam bentuk pantun pun, kami terima….
Pergi ke pekan berkain kasa,
Kain yang reja dibawa bersama,
Sila jelaskan wahai dewan bahasa,
Kenapa kerja lebih masa tapi percuma?
——–
Selang tidak berapa lama selepas itu, khabarnya tidak sampai 24 jam pun, DBP telah memuat naik iklan terbaharu yang telah diedit dan kali ini, syarat kontroversi tersebut telah dibuang sepenuhnya.
Namun, beberapa orang netizen yang lain dilihat masih lagi sempat menjadikan DBP sebagai ‘bahan’ dengan turut sama berpantun di ruangan komen laman Facebook rasminya:
“Saya nak jual pantun..
Makan roti terus tersedak,
OT diberi bayarnya tidak🤣 #tibahh” – Syafika Nan Halim
“Pergi ke kedai membeli roti,
Boleh awak bayar OT.” – جوهانيس جو كر
“Pulau Melaka Pulau Sentosa,
Banyak harimau monyet dan kera,
Kerja mestilah lebih masa,
Duit OT jangan berkira..” – Mohd Hafiz Amran
“Min dah jawab pantun netizen??
Ni aku tambah lagi 😋😋😅
‘Terlajak perahu boleh digostan, Terlajak post sampai koyak kena bahan’ – Poye
“Pergi bercuti ke Melaka,
Aik sudah tukar ka?” – Mohd Nurakmall Md Radzi
BACA: Dikecam Kerana Iklan ‘Pekerja Muslim Dan Jaga Solat’, Ini Jawapan Pengarah Eksekutif Dental Republik
Sumber: Wan Zamzahidi Wan Zahid, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Trending now



