Dayangku Intan Diva AA

Dayangku Intan, Diva AA Hina Kakitangan Hospital Putrajaya?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penyanyi yang popular dengan lagu Berpaut Di Dahan Cinta, Dayangku Intan dan selebriti kontroversi terkenal tanah air, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA dilaporkan telah menghina kakitangan Hospital Putrajaya. Kedua-dua mereka telah memuatnaik video di Facebook dengan luahan isi hati masing-masing.

Dayangku Intan menegaskan, teguran dibuat menerusi video itu bukan kepentingan diri sendiri sebaliknya untuk semua. Dilaporkan, ketika waktu kejadian tidak ada orang di kaunter COVID-19.

Disebabkan bersetuju dengan kenyataan Dayangku Intan, dilaporkan Diva AA telah memuat naik hantaran yang menyokong kenyataan rakan artisnya itu.

Tersinggung dengan kenyataan dua orang selebriti ini, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan Covid-19.

Namun, Azwan Ali telahtampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pengurusan Hospital Putrajaya atas dakwaan menghina kakitangan hospital itu dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Azwan menerusi rakaman video berdurasi 4 minit 16 saat yang dimuat naik di saluran YouTube DivaAATersohor itu semalam, berharap permohonan maaf itu diterima pihak terbabit.

Menerusi video yang dirakam di hadapan pusat beli-belah terkenal di Bandar Sunway itu, Azwan berniat untuk memberi sumbangan berupa rendang masakannya.

https://www.youtube.com/watch?v=kxw8pAuJwyE

Kita berharap perkara sebegini tidak dipanjangkan serta dapat diselesaikan dengan baik. Kita juga sedar bahawa pihak hospital mengalami pelbagai kekangan untuk membantu para pesakit yang sedang mengalami simptom yang bersamaan dengan COVID-19.

Maka, tidak mustahil akan berlaku salah faham di antara pihak hospital dan pelawat yang ingin dapatkan rawatan kerana betapa teruknya kesan COVID-19 yang melanda sehingga kakitangan hospital berada dalam jumlah yang amat sedikit berbanding mereka yang menghadapi penyakit ini.

Kerajaan juga sedang bertungkus lumus untuk mengekang wabak COVID-19 ini daripada terus menular di kalangan rakyat. Bukan itu sahaja, malahan kerajaan turut memperkenalkan pelbagai insiatif baru di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sumber: Harian Metro