Najib Razak Muat Naik Foto Drama Band SL1M

Datuk Seri Najib Razak ‘Troll’ Drama Band Dalam Perkongsian SL1M

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Isnin (10 Februari) telah memuat naik hantaran tentang program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 Jun 2011.

Dalam hantaran tersebut, beliau menerangkan program itu telah memberi manfaat kepada para graduan yang menganggur bagi meningkatkan keupayaan serta kebolehan diri graduan dengan ilmu, kemahiran serta pengalaman bekerja.

Jelas Najib, sepanjang program itu diperkenalkan sebelum dijenamakan semula kepada PROTEGE, hampir 43% berjaya diserap serta diterima bekerja di syarikat yang terlibat, manakala sebanyak 57% graduan yang terlibat telah mendapat tawaran pekerjaan dari syarikat luar.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156731853045952/?type=3&theater

Apa yang menjadi tarikan pada hantaran itu, beliau turut berkongsi foto kumpulan Drama Band memakai baju tertera tulisan SL1M sebagai ‘gambar hiasan’.

Persembahan kumpulan Drama Band di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL34) malam tadi menerima pelbagai reaksi netizen apabila menampilkan karakter-karakter yang mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan hangat di media sosial sepanjang tahun 2018-2019.

Karakter yang tidak disangka netizen ialah apabila mereka menampilkan dua karakter lelaki dan wanita disolek seperti watak Joker. Karakter lelaki mengenakan suit seperti orang ternama dan karakter perempuan mengenakan baju kurung sambil memegang beg tangan – kedua-dua karakter ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.

Najib Razak Muat Naik Foto Drama Band SL1M

Dalam pada itu, Facebook Drama Band dibanjiri dengan komen-komen netizen yang kecewa dengan konsep yang diambil kumpulan itu seolah menyindir secara terang-terangan.