
Datuk Rizalman Umum Bersara Daripada Dunia Fesyen
Selepas lebih 30 tahun membina jenama, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, 49 tahun mengumumkan pengundurannya daripada dunia fesyen.
Pengumuman itu dibuat di Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi adalah detik yang paling sukar dalam hidup beliiau.
Bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa selepas melihat beberapa kematian teman secara mengejut juga menjadi salah satu pendorong utama beliau membuat keputusan yang sudah dibuat sejak tahun lalu.
Akui pernah berada dalam ‘zon sombong’ terutamanya ketika nama berada di puncak, Rizalman menyerahkan tanggungjawab menguruskan perniagaannya kepada pembantu yang paling beliau percaya yang sudah 15 tahun bersamanya iaitu Faizul Surani.

Akan memfokuskan kepada cabang lain termasuklah hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan, malam tadi merupakan hari yang mana koleksi terakhir hasil kolaborasi Datuk Rizalman sebagai pereka fesyen dengan gedung dalam talian, Zalora diperagakan.
BACA: Dituduh Berkelakuan Seperti Anak Kecil Semasa Sambutan Hari Kebangsaan, Ini Jawapan Tunku Azizah
Menterjemahkan keeratan silaturahim bersama semua pengikut dan tanda persahabatan beliau dengan Dayang Nurfaizah sejak 20 tahun lalu melalui konsert tersebut, Tunku Azizah juga dikhabarkan turut hadir menyaksikan momen bersejarah berkenaan.
https://www.instagram.com/p/B8y5hypnjIB/
Turut menyumbangkan hasil jualan tiket konsert berkenaan sebanyak RM50,000 kepada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah,
Sumber: Harian Metro