
Datuk Misbun Sidek Dilantik Sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan
Sate lilit merupakan hidangan terkenal dari kepulauan Bali. Ia tidak sama seperti sate biasa kerana sate bali menggunakan serai atau buluh sebagai batang sate dan pencicahnya sambal kicap. Isi dagingnya pula boleh menggunakan daging ayam, lembu, itik, ikan dan lain-lain.
Rasanya yang enak dengan aroma daripada serai dan rempah ratus yang diperap sempurna pasti mampu memikat selera. Jom cuba buat!

Bahan-bahan:
Udang
Daging ayam (atau apa-apa daging mengikut cita rasa)
Kelapa parut
3 helai dalun limau purut diracik halus
2 sudu besar gula perang/ gula melaka
4 batang cili padi dihiris nipis
10 batang serai
Sedikit santan
Garam dan bahan perasa secukupnya
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas awang putih
2cm lengkuas
1cm kunyit hidup
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh biji ketumbar
Cara memasak:
1. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga keperangan dan naik bau. Kemudian tutup api, masukkan udang dan daging ayam serta gaul sebati.
2. Masukkan kelapa parut dan sedikit santan, gaul rata.
3. Masukkan daun limau purut, gula perang, cili padi dan perasakan dengan garam.
4. Bentukkan adunan tadi dan lekatkan pada batang serai. Pastikan batang serai dicuci bersih.
5. Kemudian bakar/ panggang sehingga masak.
Bahan sos:
4-5 batang cili padi/ cili merah dihiris nipis
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawa bawang goreng
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan dan gaul rata.
Selamat mencuba!
Sumber: Keluarga
Ada yang dah pernah rasa?
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
Trending now



