
Datuk Lee Chong Wei Diberi Penghormatan Miliki Patung Lilin Di Hong Kong
Legenda pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan menjadi atlet pertama Malaysia diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds Hong Kong.
Menurut bekas pemain nombor satu dunia itu, ia satu penghormatan buatnya apabila bakal memiliki patung lilin tersendiri setanding atlet sensasi dunia seperti Usain Bolt (olahraga), Rafael Nadal (tenis), David Beckham (bola sepak) dan Yao Ming (bola keranjang). Madame Tussauds Hong Kong.

Beliau berasa terkejut diberi penghormatan sebegini. Ukuran dirinya sudah diambil sejak November dan Disember tahun lalu, dilancarkan di Malaysia pada Februari atau Mac ini sebelum diterbangkan ke Hong Kong.
“Ia mengambil masa selama lapan jam untuk mengambil ukuran sebenar bentuk badan saya. Bagaimanapun, proses berkenaan tidak dijalankan selama lapan jam berturut-turut, saya dibenarkan berehat selepas empat jam dan rehat untuk makan serta minum sebelum menyambung semula proses berkenaan,” katanya yang tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti.
Beliau turut meluahkan tidak pernah terbayang akan memiliki ukiran patung lilinnya sendiri dan berbangga menjadi atlet pertama negara yang tersenarai atasa penghormatan tersebut.
Chong Wei juga menjadi warganegara Malaysia kedua mempunyai ukiran patung lilin selepas pelakon wanita, Michelle Yeoh.