
Datuk LCW Tarik Diri Di Kejohanan Terbuka Malaysia 2019
Peminat badminton Malaysia terpaksa menempuh kekecewaan sekali lagi apabila jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei (LCW) menarik diri dari menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 pada bulan hadapan (2-7 April).
Keputusan tersebut dibuat dengan nasihat doktor agar proses pemulihan beliau dapat berjalan dengan baik dan tidak memberikan tekanan tidak sewajarnya pada tubuh.
Pengunduran beliau daripada pertandingan Tahap 3 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Axiata Arena, Bukit Jalil itu disokong sepenuhnya oleh Persatuan badminton Malaysia (BAM) demi memastikan bahawa tahap kesihatan Datuk LCW berada dalam keadaan baik.
BACA: Lee Zii Jia Penerus Legasi LCW Selepas Berjaya Singkirkan Chen Long?
Sepatutnya bertemu dengan K Srikanth dari India di pusingan pertama kejohanan tersebut, beliau kini sudah berada di Taiwan bagi menjalani pemeriksaan tahap kesihatannya.
Datuk Lee Chong Wei dianggap sebagai lagenda selepas menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut (21 Ogos 2008 – 14 Jun 2012) dan merupakan satu-satunya yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
Beliau merupakan pemain badminton ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an.
Pada September 2018, beliau disahkan menghidap kanser nasofaring pada Julai tahun sama di Taiwan dan menerima rawatan segera sejak daripada itu.
Sumber: Utusan