
Datuk Bandar Surabaya Beri Anak Ayam Percuma Sebagai Alternatif Rawat Ketagihan Gajet
Di zaman dunia serba canggih ini, tidak hairan jika anak-anak muda semakin tenggelam dalam dunia telefon pintar serta gajet mewah. Menjadi satu kemestian untuk dimiliki, gajet seakan sudah menjadi ketagihan yang banyak membawa padah dalam kehidupan anak-anak muda hari ini sehingga meningkatnya gejala sosial.
Sehubungan dengan itu, seorang datuk bandar, Oded M. Danial di Surabaya telah memberikan idea agar anak-anak muda atau remaja di Surabaya menggantikan ketagihan gajet dengan menternak ayam.
Oded memberikan cadangan tersebut selepas melihat kecenderungan anak-anak hari ini Oded berjanji sekiranya anak ayam yang mereka miliki berjaya dibesarkan, maka beliau akan menghadiahkan mereka dengan tiga ekor anak ayam lagi.
Sebagai percubaan, inisiatif ini dilakukan dahulu kepada 20 hingga 30 orang remaja di Kota Bandung. Jika berjaya pihak pentadbiran bandar bercadang akan memberikan setiap remaja seekor anak ayam untuk dijaga.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Krystal berkongsikan kisah adik perempuannya yang berjaya memelihara anak ayam yang diperolehinya sehingga besar dan hubungan antara keduanya sangat akrab.
https://twitter.com/krystalk2me/status/1186869063932235776
https://twitter.com/krystalk2me/status/1186896368377270272
https://twitter.com/krystalk2me/status/1187212278937997312
Selain daripada mengurangkan ketagihan gajet, program ini juga dilakukan dengan hasrat agar dapat melatih anak-anak muda mengenai kasih sayang kepada binatang selain daripada mempelajari mengenai ilmu biologi secara praktikal.
Agak-agak kalau lakukan di Malaysia menjadi ke tidak ya?
Sumber: Vice
Imbas kembali siri filem Terminator.
Trivia Terminator
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.