Fiji Ragbi 7s Emas Olimpik Tokyo

Datang Dengan Pesawat Kargo Muatan Ikan, Ragbi 7’s Fiji Pulang Bawa Emas Olimpik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Fiji meneruskan dominasi dalam acara Ragbi 7 sebelah Sukan Olimpik selepas mengatasi New Zealand 27-12 bagi mempertahankan gelaran yang dimenangi pada Rio 2016.

Ia merupakan pingat emas kedua Fiji dalam sejarah penampilan dalam saingan Sukan Olimpik, dengan skuad ragbi 7s Fiji melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 12 perlawanan.

Kejayaan mereka membuahkan hasil yang sangat bermakna buat seluruh penduduk Fiji yang mempunyai anggaran populasi 890,000 orang penduduk dari lebih 330 pulau Pasifik itu.

Fiji Ragbi 7s Emas Olimpik Tokyo

Seperti kisah di sebalik perjuangan atlet angkat berat wanita Filipina, Hidilyn Diaz yang menyumbang emas buat pertama kali untuk negaranya, begitu juga dengan kisah perjalanan yang penuh dugaan dihadapi kontinjen Fiji.

Dalam pada atlet negara lain menuju ke Tokyo menggunakan pesawat komersial, sebahagian kontinjen Fiji terpaksa menaiki pesawat kargo yang membawa ikan sejuk beku untuk ke negara tuan rumah Olimpik itu.

Ketika ini, Kepulauan Fiji sedang dilanda gelombang baharu pandemik COVID-19 yang mencatatkan lebih 700 kes seminggu. Ia membuatkan kebanyakan pesawat komersial di pulau Pasifik itu terpaksa dibatalkan sehingga penghujung Julai.

Ini menjadikan satu cabaran bagi Fiji untuk menghantar atlet mereka ke Olimpik tahun ini sehingga memaksakan mereka mencari jalan lain iaitu dengan menumpang pesawat kargo.

Sejak April lagi, COVID-19 memaksa skuad Fiji berkurung di Suva sebelum berkunjung ke Australia pada bulan lalu bagi aksi pemanas badan Sukan Olimpik.

Ketua jurulatih, Gareth Baber, mendedahkan sesetengah pemain, yang tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini atau bermain di peringkat elit, tidak bertemu keluarga mereka ‘hampir 20 minggu’.

Fiji Ragbi 7s Emas Olimpik Tokyo

“Kami terkurung selama lima bulan,” kata Baber selepas meraikan kejayaan pasukannya.

“Mereka datang ke kem latihan pada hari Isnin Easter dengan berfikir bahawa mereka akan kembali pada hari Jumaat, dan pada hari Selasa mereka diberitahu bahawa mereka tidak dapat kembali dan tidak melihat keluarga mereka sejak itu. Ia memerlukan jenis individu yang cukup istimewa bagi melaksanakan komitmen itu.

“Kami berkurung dalam tempoh yang lama. Kami membuat kelengkapan latihan sendiri, pada dasarnya di garaj asrama yang kami diami, dan kami berada di sana selama kira-kira 12 minggu.

“Sebenarnya, apabila para pemain pulang dan melakukan kuarantin, sudah lebih kurang 20 minggu sejak mereka kali terakhir bertemu keluarga.”

Kapten Fiji, Jerry Tuwai mengatakan “Setiap penduduk Fiji hanya mahukan kemenangan. Ini adalah hari yang baik untuk Fiji.”

“Mereka tidak akan memikirkan wabak itu sekarang, mereka akan meraikan pingat emas!”

@astroarena

Banyak pengorbanan Rugby Fiji untuk kekalkan rekod emasnya #sokongmalaysia #ganbattemalaysia

♬ Demons – Imagine Dragons

Sumber: Insider