
Data KPT Dedah Hampir 30,600 Graduan Ijazah Menganggur Dalam Masa Setahun
Isu graduan menganggur bukan lagi satu isu yang baru. Pendedahan data KPT ini amat mengejutkan.
Kerana keadaan ekonomi yang semakin menurun, banyak sektor pekerjaan terpaksa ditutup sehingga memberikan implikasi kepada graduan.
BACA: 6,000 Graduan Perubatan Menganggur Setahun, Di Mana Silapnya Kita?
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang didedahkan Parlimen (data KPT) pada 2016 mendapati daripada keseluruhan 51,000 graduan ijazah yang dihasilkan daripada 21 universiti sektor awam dan 38 universiti swasta, hampir 60% daripadanya menganggur setahun selepas tamat pengajian membawa kepada jumlah 30,600 orang graduan.
Manakala lebih 5,000 orang pelajar pascasiswazah yang menduduki program doktoral setiap tahun yang membawa kepada jumlah pemegang sijil doktor falsafah (PhD) setiap tahun adalah seramai 60,000 menjelang 2023.
Dalam tahun-tahun belakangan ini, gelaran graduan universiti tidak dapat memberikan jaminan mendapat pekerjaan.
Memberikan pandangan tentang isu ini, Profesor Madya Dr Hariharan N Krishnasamy dari Universiti Utara Malaysia menjelaskan graduan tidak boleh keluar hanya dengan bekalan kelayakan akademik semata tetapi perlu keluar daripada tgas-tugas ‘solusi buku teks’.
Ini menjadi lebih jelas dengan kadar pencar pekerjaan adalah lebih tinggi daripada kekosongan jawatan.
Seoran senior di bahagian sumber manusia dan pengurus latihan, A.D. Menon berkata ada sebilangan graduan yang sanggup menerima gaji yang rendah disebabkan kekurangan pengalaman.
Sampai bila isu pengangguran graduan akan berlaku di Malaysia?
Sumber: NST