Dasar Kerajaan Muhyiddin Yasin Atasi COVID-19 Yang Terbaik Di Dunia

muhyiddin yasin

Dengan kemunculan wabak COVID-19 yang berasal daripada Wuhan, China, kini kita sebagai rakyat Malaysia saban hari menyaksikan pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Walaupun diangkat ketika pergolakan politik tanah air serta keadaan wabak yang sedang hebat melanda dunia, Tan Sri Muhyiddin Yasin dianggap sebagai ‘berjaya’ meneutralkan keadaan dengan memperkenalkan pelbagai dasar-dasar yang didapti mempunyai kecenderungan mendahulukan rakyat.

Siapalah pemimpin tanpa rakyatnya, itulah yang sedang direncanakan oleh pemimpin Perikatan Nasional yang diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Perdana Menteri, bagi memastikan taraf hidup rakyat sentiasa dipelihara serta ekonomi negara mampu dipacu semula.

Apabila timbulnya wabak COVID-19, setiap negara mempunyai cara pandu mereka sendiri bagi menangani gejala penyakit yang saban hari memamah kesihatan serta nyawa penduduk dunia.

Setiap negara terpaksa mengamalkan pendekatan memutuskan rantaian virus SARS-CoV-2 yang membawa penyakit COVID-19 dengan cara menghadkan pergerakan rakyat di tempat awam. Ada yang memanggil ‘lockdown’, ada juga yang memanggil ‘Movement Restriction‘ yang membawa erti lebih kurang sama.

Mari kita lihat apa inisiatif yang dibawakan oleh negara-negara asing bagi mengekang COVID-19 serta pelan tindak balas bagi merancakkan pendapatan rakyat.

Korea Selatan

Negara kedua teramai di Asia yang rakyatnya menghidap gejala COVID-19. Inisiatif yang diambil oleh Presiden dan Menterinya memulangkan 30% gaji mereka selama 4 bulan bagi membantu menangani penyakit ini.

Singapura

Negara Asia Tenggara pertama yang mempunyai kes COVID-19 lalu kini berada di bawah Malaysia akibat kepadatan penduduknya. Kesemua menteri mereka mengambil keputusan untuk memotong sebulan gaji baki menampung kes rawatan penyakit ini kepada rakyatnya.

Thailand

Thailand sedang mengekori rapat Malaysia sebagai negara kedua tertinggi kes penghidap penyakit COVID-19 di rantau Asia Tenggara. Perdana Menteri dan menteri mereka mebuat derma sebulan gaji bagi membantu rakyat mereka melawan wabak ini.

Indonesia

Dikhabarkan negara Asia Tenggara yang bakal melakukan anjakan nombor penghidap kes tertinggi di Asia Tenggara akibat kepadatan rakyat serta kelewatan pentadbir untuk memberi arahan mengekang pergerakan di tempat awam. Kes kematian saban hari makin meningkat. Kerajaan Indonesia mengambil inisiatif dengan menghentikan kutipan cukai pendapatan dari rakyat dan pengusaha perniagaan selama 6 bulan bagi merancakkan semula ekonomi negara.

Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri tahu bahawa kes COVID-19 saban hari makin meningkat akibat daripada terlepasnya Patient 136 yang menjadi super spreader kepada virus ini. Kesannya, saban hari graf penghidap penyakit ini makin menaik, serta belum ada tanda untuk reda menyebabkan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.

Sepanjang tempoh PKP, pelbagai inisiatif telah diwar-warkan oleh kerajaan melalui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Antara inisiatifnya adalah:

  • Rakyat diberi peluang untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 2 dengan kadar maksima RM500 untuk tempoh 12 bulan.
  • Elaun RM600 sebulan kepada rakyat yang diberhentikan kerja atau cuti tanpa gaji.
  • Bank-bank di Malaysia melalui Bank Negara melaksanakan morotarium selama 6 bulan bagi membenarkan rakyat untuk tidak perlu membayar pinjaman bank ketika tempoh PKP.
  • Tenaga Nasional Berhad memberi diskaun 2% ke atas bil elektrik
  • Astro memberi siaran percuma kepada semua pengguna ketika tempoh PKP
  • Pinjaman MARA dikecualikan selama 3 bulan
  • Pinjaman PTPTN ditangguhkan selama 6 bulan
  • Elaun RM400 kepada para petugas kesihatan termasuk doktor
  • DBKL memberi sewaan percuma kepada peniaga selama tempoh PKP
  • LHDN menangguhkan bayaran cukai
  • 2 bulan gaji Menteri dan Timbalan Menteri disalurkan ke tabung COVID-19 bagi membantu mengekang wabak ini

Serta banyak lagi manfaat yang tidak dimasukkan dalam senarai di atas termasuk manfaat daripada kerajaan negeri.

Kita dapat lihat yang pemimpin bersama-sama bersolidariti bersama rakyat bagi memastikan kesihatan rakyat sentiasa terjamin, ekonomi rakyat sentiasa pada paras yang membolehkan mereka menyediakan makanan di atas meja bagi keluarga.

Kesimpulan

Mungkin terdapat beberapa lagi senarai inisiatif daripada negara-negara yang kami sebutkan di atas yang tidak dapat dimasukkan dalam penulisan ini. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana memiliki pimpinan yang sangat mengutamakan kesejahteraan rakyat sekaligus mengangkat martabat negara itu sendiri.

Belum pernah kita ada pemimpin tertinggi yang mendoakan kesejahteraan rakyatnya ketika LIVE di kaca TV. Tan Sri Muhyiddin Yasinlah orang yang pertama betul ingat akan rakyatya.

Jadi apa tugas kita sebagai rakyat? Cukuplah dengan akur dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan dengan duduk di rumah. Stay At Home! Ini adalah untuk memastikan kita berjaya lakukan proses flatten the curve kes COVID-19 yang sedang hebat melanda negara kita sekarang.