
Daripada Sebuah Aplikasi Sosial, Bagaimana Tumblr Boleh Bertukar Jadi Lubuk Maksiat?
Daripada sebuah aplikasi sosial, bagaimana Tumblr boleh bertukar menjadi lubuk maksiat?
Diasaskan pada Februari 2007, Tumblr pada suatu ketika dahulu merupakan satu platform microblogging yang membolehkan pengguna memaparkan multimedia dan kandungan lain kepada bentuk blog yang pendek.
BACA: WordPress Miliki Tumblr Dengan Nilai Kurang USD3 Juta
Pada Oktober 2012 sahaja, bilangan akaun pengguna Tumblr dilaporkan sudah pun melebihi 77 juta.
Entah di mana silapnya, daripada sebuah aplikasi sosial Tumblr bertukar menjadi lubuk segala kemaksiatan. Unsur-unsur berbentuk kandungan tidak senonoh semakin banyak dan bertambah. Komuniti Tumblr menjadi semakin ‘tidak sihat’.
Sehinggalah pada Disember 2018, pengenalan dasar baru Tumblr yang mengharamkan sebarang kandungan yang mempunyai unsur tidak senonoh telah menyebabkan platform tersebut hilang sebilangan besar ahlinya.
Sehinggakan pada masa itu lebih 423,00 orang telah menandatangani petisyen yang meminta agar Tumblr menarik semula pengharaman tersebut.
Antara dasar baru yang ditetapkan Tumblr:
- Larangan penyiarkan alat sulit lelaki atau puting wanita secara langsung melainkan untuk tujuan seperti penyusuan anak, proses kelahiran, situasi yang berkaitan dengan kesihatan atau pembedahan gender.
- Kebenaran untuk penulisan erotica and artistic nudity yang bergantung kepada konsep yang mendefinisikan seni atau tidak.
- Pekerja industri dewasa atau pemerdagangan manusia.
Biarpun dikatakan banyak kehilangan ahli, Tumblr mencatatkan pertambahan ahli baharu yang senang dengan perubahan yang dilakukan kerana menganggap platform tersebut sebagai ruang untuk individu menerokai atau meluahkan pandangan secara bebas.
Pada Ogos 2019, dilaporkan Verizon Communications Inc bersetuju untuk menjual platform media sosial Tumblr kepada Automattic Inc, sebuah syarikat Content Management System (CMS) WordPress dan Longreads dengan nilai kurang daripada USD3 juta.
Di bawah milik Automattic, Tumblr tidak akan melalui perubahan drastik dalam masa terdekat dan dijangka akan beroperasi seperti biasa serta menjadi pelengkap kepada paltform WordPress sedia ada dengan mengambil 200 kakitangan lama bersama mereka.