Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’ 4

Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Song Kang jadi penari balet dalam Navillera?

Watak Song Kang sebagai seorang ‘pahlawan’ dalam Sweet Home nyata mendapat pujian ramai.

BACA: Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’

Yang terbaharu, drama lakonan Song Kang mendapat perhatian ramai apabila beliau akan muncul dengan watak yang jauh berbeza iaitu penari balet dalam Navillera.

Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’ 2

Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’

Diadaptasi daripada webtoon, drama dengan 12 episod ini sudah pun mula ditayangkan pada 22 Mac lalu.

Mengisahkan mengenai Sim Deok Chool (lakonan Park In Hwan) yang telah lama menyimpan impian sebagai penari balet dan selepas bersara pada usia 70 tahun beliau mengejar impiannya.

Biarpun disanggah keluarganya, Deok Chool tetap dengan keputusannya dan menyertai syarikat balet untuk mencapai impiannya.

Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’ 3

Di sana beliau bertemu Lee Chae Rok (lakonan Song Kang) yang tidak mempunyai bakat dalam sukan besbol, berenang dan bola sepak tetapi sangat meminati balet.

Sejak daripada menyertai balet, Chae Rok mengalami kesukaran termasuklah dalam ekonomi.

Pada ketika impiannya pada balet hampir lupus, Deok Chool muncul di hadapannya.

Sudah boleh ditonton di Netflix, tonton trailer rasmi drama Navillera di pautan bawah:

Memiliki persamaan genre dengan filem Train to Busan, siri Sweet Home berjaya membuatkan penonton tak senang duduk dengan plot cerita yang penuh debaran dalam setiap episod.

Mengisahkan mengenai pertembungan manusia dengan raksaksa yang merupakan manusia yang dijangkiti, siri pendek 10 episod ini bermula dengan watak Cha Hyun-soo (lakonan Song Kang) yang mengalami tekanan perasaan selepas menjadi mangsa buli.

Beliau berpindah ke sebuah apartmen baru iaitu Green Home selepas ibu, bapa dan adik perempuanya meninggal disebabkan kemalangan.

Secara tiba-tiba satu hari, negara Korea Selatan diserang satu virus yang menyebabkan manusia yang dijangkiti bertukar menjadi raksaksa. Dan Hyun-soo adalah salah seorang yang terjangkiti.

Namun, Hyun-soo berbeza kerana beliau tidak bertukar menjadi raksaksa seperti yang lain tetapi memiliki kehebatan luar biasa.

Dijadikan ‘benteng’ pelindung kepada kumpulan survivors yang ada, Hyun-soo dilihat sebagai satu watak yang memiliki luka emosi yang mendalam.

Di sana Hyun-soo bertemu dengan beberapa watak seperti Pyeon Sang-woo (lakonan Lee Jin-wook), lelaki misteri yang disalah anggap sebagai gangster, Seo Yi-kyung (lakonan Lee Si-young), seorang wanita muda yang bekerja sebagai bomba dan Lee Eun-hyeok (lakonan Lee Do-hyun).