Daripada Juruterbang Kepada Pemandu Lori TESCO, #CareerChange Tak Halang Cita-Cita Lelaki Ini 1

Daripada Juruterbang Kepada Pemandu Lori TESCO, #CareerChange Tak Halang Cita-Cita Lelaki Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Daripada juruterbang kepada pemandu lori, lelaki ini tetap bahagia dengan momen #CareerChange beliau.

COVID-19 menyaksikan pelbagai sektor ekonomi ditutup dan ini termasuklah sektor pelancongan dan perkhidmatan yang merupakan antara yang terjejas teruk.

Bukan sekadar di Malaysia, negara-negara luar turut merasakan impak ekonomi akibat pandemik ini.

Seorang bekas juruterbang di Lapangan Terbang Heathrow, London, Peter Login menjadi tular selepas berkongsikan momen #CareerChange beliau akibat pandemik COVID-19.

Daripada Juruterbang Kepada Pemandu Lori TESCO, #CareerChange Tak Halang Cita-Cita Lelaki Ini
Sumber: Peter Login

Jika dahulunya, beliau mengelola pesawat di udara kini beliau terpaksa mengelola kenderaat berat iaitu lori di rangkaian pasaraya terkemuka dunia, Tesco.

Biarpun ianya merupakan satu perubahan drastik dalam perjalanan kariernya, ia tetap tidak mematahkan semangat beliau untuk terus melakukan yang terbaik demi kelangsungan hidup.

Tetap bangga berkongsi momen-momen sepanjang bergelar pemandu lori Tesco, Login percaya kesemuanya akan baik-baik sahaja selepas hari susah yang hadir. Malah beliau berterima kasih kepada pengguna Twitter yang banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya.

BACA: Tesco Bakal Tamatkan Kontrak Dengan Agensi Pekerja Asing, Mahu Beri Peluang Kepada Rakyat Tempatan

Di Malaysia pula, kisah hidup juruterbang, Kapten Anwar Ajid yang sudah 10 tahun bekerja di udara boleh diringkaskan kepada ‘dari awanan ke jalanan’ apabila memilih karier sebagai penghantar makanan Foodpanda susulan daripada pengecilan operasi yang banyak dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbangan kini.

BACA: 10 Tahun Di Udara, Pandemik COVID-19 ‘Hempas’ Juruterbang Ke Jalanan

10 tahun bekerja sebagai juruterbang, wabak pandemik COVID-19 mengubah segalanya. Beralih daripada sektor kerajaan ke dunia penerbangan, sejak empat bulan lalu beliau hilang pendapatan susulan daripada syarikat tempat beliau bekerja kehilangan pendapatan.

Setelah keadaan agak tenang dan sektor ekonomi dibuka sedikit demi sedikit, beliau cuba mencari pekerjaan bagi meneruskan kehidupan namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ramai lagi individu lain turut melakukan yang sama.