Dari Padang Bola Ke Mahkamah, Kisah Jenayah Aaron Hernandez Kini Di Netflix 4

Dari Padang Bola Ke Jeriji Besi, Kisah Jenayah Aaron Hernandez Kini Di Netflix

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah Aaron Hernandez yang dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh mencetuskan kekecohan dalam industri sukan bola sepak pada tahun 2013.

BACA: ‘Night Stalker: The Hunt for a Serial Killer’ Cerita Mengenai Mangsa Pembunuh Bersiri Ramirez

Hernandez disabitkan kesalahan membunuh Odin Lloyd dengan melepaskan enam das tembakan kepada Lloyd yang juga teman lelaki adik kepada tunangnya kerana tidak menyukai tindakan Lloyd bergaul dengan beberapa individu yang tidak beliau sukai.

Dari Padang Bola Ke Mahkamah, Kisah Jenayah Aaron Hernandez Kini Di Netflix 2

Dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2020 di Netflix, Killer Inside: The Mind of Aaron Hernandez yang mempunyai tiga bahagian menggunakan rakaman dalam bilik perbicaraan, panggilan telefon dan temu bual bagi menunjukkan bagaimana kehidupan Hernandez sebagai atlet bertukar kepada penjenayah yang kemudiannya meninggal dunia dengan cara menggantungkan diri di penjara selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah.

Dari Padang Bola Ke Mahkamah, Kisah Jenayah Aaron Hernandez Kini Di Netflix 3

Hernandez yang dikenali sebagai bakat yang bakal menggegarkan Liga Bolasepak Kebangsaan (NFL) semasa Patriots mengikatnya pada tahun 2o1o dikatakan gemar menghabiskan masa bersama individu/kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gangsterisme, senjata dan dadah.

Pada tahun 2012, Hernandez terlibat dalam satu tuduhan membunuh seorang individu hanya kerana terlanggar bahunya, namun ianya gagal dibuktikan di mahkamah.

Untuk jenayah kali ini, nyata Hernandez gagal bersembunyi di sebalik barisan peguamnya menerusi keterangan130 saksi dalam tempoh testimoni selama empat bulan.