Dapat Idea Masa Makan Nuget, Pelajar Ini Kreatif Hasilkan Item Fesyen Daripada Plastik Bungkus Makanan 5

Dapat Idea Masa Makan Nuget, Pelajar Ini Kreatif Hasilkan Item Fesyen Daripada Plastik Bungkusan Makanan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dapat idea masa makan nuget, pelajar ini kreatif hasilkan item fesyen kelas tinggi daripada plastik bungkusan makanan.

Item daripada barangan kitar semula semakin mendapat tempat di hati penduduk dunia. Demi kesejahteraan bumi, semakin ramai yang sedar akan kepentingan kitar semula dalam kehidupan.

Seorang pelajar di Amerika Syarikat, Putri Samboda telah membuat kelainan apabila menghasilkan fesyen berkelas tinggi dengan hanya menggunakan plastik bungkusan makanan.

Lihat Bagaimana Pelajar Ini Jadikan Bungkusan Makanan Sebagai Fesyen Harian
Kredit: Putri Samboda

 

Lihat Bagaimana Pelajar Ini Jadikan Bungkusan Makanan Sebagai Fesyen Harian 1
Kredit: Putri Samboda

Beliau yang berasal dari Indonesia mula menarik perhatian awa apabilla memuat naik gambar memakai skirt daripada karung guni beras, baju daripada plastik bungkusan Samyang dan seluar pendek daripada  plastik mi segera Indomie.

https://www.instagram.com/p/CCJE6PxpRpp/

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga hasilkan beg tangan daripada tin biskut terpakai. Memang DIY sungguh.

Dapat Idea Masa Makan Nuget, Pelajar Ini Kreatif Hasilkan Item Fesyen Daripada Plastik Bungkus Makanan 2
Kredit: Putri Samboda

Mendapat idea untuk memulakan projek ini semasa sedang makan nuget daripada McDonald’s, Putri dalam temu bual bersama Hypebae menceritakan kisah di sebalik kasut jenis slip-on yang beliau gelarkan sebagai McLoafers yang merupakan item pertama projek tersebut.

“Pada awalnya saya mahu membuang kasut flat jenama Gucci saya yang lama, namun disebabkan saya sangat sukakan upcycling maka saya rasa ianya adalah cool untuk saya tukarkan menjadi McLoafers.”

Dapat Idea Masa Makan Nuget, Pelajar Ini Kreatif Hasilkan Item Fesyen Daripada Plastik Bungkus Makanan 1
Kredit: Putri Samboda

 

Dapat Idea Masa Makan Nuget, Pelajar Ini Kreatif Hasilkan Item Fesyen Daripada Plastik Bungkus Makanan
Kredit: Putri Samboda

Mendedahkan turut mendapat permintaan supaya item-itemnya dijual, Putri menjelaskan buat masa sekarang ianya terpaksa ditolak supaya kualiti barangannya yang dihasilkan dapat ditambah baik sebelum dijual.

Bercerita mengenai kitar semula, tahukah anda, Indonesia merupakan penyumbang pencemaran laut terbesar di dunia selepas China? Disebabkan itu, kerajaan Indonesia telah berjanji akan mengurangkan sisa plastik di laut kepada 70% pada 2025.

BACA: Bayar Tambang Bas Dengan Sampah, Ini Cara Surabaya Didik Penduduk Jaga Kebersihan Bandar

Dan dalam usaha menangani sisa sampah plastik di Thailand, kerajaan Thailand telah mengambil langkah drastik dengan menguatkuasakan larangan penggunaan sisa plastik di semua pusat beli belah, pasar raya dan kedai serbaneka utama.