istana negara

Dapat Cenderahati Daripada Agong, Berjalan Kaki Dari Skudai Johor Demi Suara Pengeluaran KWSP Berbaloi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Demi menyampaikan suara rakyat bawahan tentang kepentingan pengeluaran KWSP, seorang pemandu teksi, Noorazlan Ismail, 49 telah membuat keputusan nekad untuk berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru menuju ke Istana Negara sejak 28 Mac 2023.

Pada 2 April 2023, beliau tiba juga di perkarangan Istana Negara dan telah disambut oleh pada media untuk menemuramah beliau.

Tujuan Noorazlan berjalan kaki ke Istana Negara adalah untuk menggesa kerajaan agar membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk insan sepertinya.

Beliau inginkan pucuk pimpinan negara sedar tentang keperitan yang dilalui oleh rakyat bawahan lalu nekad melakukan perjalanan ini.

Sepanjang perjalanannya, banyak halangan yang beliau tempuhi seperti ditimpa hujan lebat yang mengakibatkan beliau mengalami kesejukan melampau.

@noorazlanismail8

♬ original sound – noorazlan

Noorazlan tidak berputus asa untuk terus berjalan kaki meskipun kakinya melecet akibat berjalan terlalu lama dengan jarah sejauh 344 kilometer.

Walaupun tidak dapat bertemu dengan Baginda Yang Di Pertuan Agong, beliau menerima cenderahati daripada istana tanda Baginda menyedari akan tindakan yang beliau cuba lakukan.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu teksi menyatakan bahawa pendapatan yang diterima hanya cukup untuk menanpung perbelanjaan keperluan, namun beliau masih berdepan hutang.

Malah kos sara hidup yang makin tinggi dan perbelanjaan persekolahan anak-anak menyebabkannya bertekad untuk membuat tindakan terbabit.

BACA: Ahmad Maslan Mohon Maaf Tidak Benar Pengeluaran KWSP