
Dalila Muhammad Pecah Rekod Dunia Larian Berpagar 400M Yuliya Pechonkina
Juara Olimpik Rio de Janerio, Dalilah Muhammad mencatat satu lagi rekod baharu dunia dalam acara larian berpagar 400 meter dengan catatan masa kurang seminit iaitu 52.20 saat walaupun di dalam cuaca hujan di Kejohanan Padang dan Balapan Amerika Syarikat di Des Moines.
Sydney Mclaughlin yang pernah mengalahkan Dalilah Muhammad di Liga Berlian Oslo pula berada di tempat kedua dengan catatan masa 52.88 saat melebihi catatan masa terbaiknya pada 2018 di Knoxville, Tennessee dengan perbezan masa sebanyak 0.13 saat.
Dalila Muhammad juga berjaya mengatasi rekod catatan masa atlet Russia, Yuliya Pechonkina (52.34 saat) pada tahun 2003 dengan perbezaan masa sebanyak 0.14 saat meluru meninggalkan pelari yang lain sebaik sahaja larian dimulakan.
“Jurulatih saya sentiasa memberitahu saya mampu melakukannya dan saya percaya kata-katanya dan berusaha melakukannya. Saya berharap ianya akan menjadi kenyataan, dan saya perlu buktikannya.”
Sumber: Reuters
Kalau bawa anak-anak ke SuperPark Malaysia ini mesti mereka suka.
SuperPark Malaysia – The Best Indoor Activity In KL
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.