
Dalam Tercungap Nak Serap Oksigen, Ada Cubaan Seludup Rokok Ke Pusat Kuarantin
Cubaan seludup rokok ke pusat kuarantin berjaya dipatahkan.
Umum sedia maklum, virus COVID-19 boleh menyebabkan seseorang yang dijangkiti bukan sahaja mengalami gejala demam, batuk, sakit sendir, sakit kepala dan sakit perut tetapi yang paling teruk ialah sesak nafas.
BACA: Kucing Ditahan Cuba Seludup Bekalan Dadah Untuk Penghuni Penjara
Menurut portal Doctor on Call, kebanyakan pesakit yang menghidap masalah asma, kegagalan jantung dan penyakit paru-paru yang kronik akan mengalami masalah sesak nafas.
Walaupun begitu, sesak nafas yang dialami pesakit virus ini berbeza kerana jika ia berlaku, pesakit lebih tercungap-cungap untuk menghirup udara.
Namun, biarpun sudah tercungap-cungap mahu ‘menyerap’ oksigen, masih ada pesakit yang dijangkiti virus ini masih tidak sedar dan gian mahu merokok.
Dalam satu perkongsian di Facebook Selangor Bebas Asap Rokok – Selbar, satu usaha untuk menyeludup rokok ke Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 berjaya dipatahkan.
Melihatkan pada perkongsian, pesakit menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan bahan berkenaan termasuklah dengan memasukkannya ke dalam mi segera cawan, tin biskut dan yang paling rare ialah di roti.




Disebabkan ketagihan yang berpunca daripada nikotin, seseorang boleh hilang pertimbangan sehingga melakukan perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang sekeliling.
Antara perbuatan seludup rokok ke pusat kuarantin seperti di atas.
Tahukah anda, merokok atau menghisap vape adalah salah satu daripada risiko seseorang mudah dijangkiti wabak pandemik ini?
Ini kerana sentuhan tangan ke mulut, berkongsi rokok atau peranti vape selain daripada kerap kali membuka pelitup muka.
Bukan itu sahaja,Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nur Suhaila Idris berkata, apabila seseorang itu merokok atau menghisap vape, mereka amat mudah dijangkiti COVID-19 dan berisiko teruk disebabkan kesan merokok atau menghisap vape yang mengganggu bahagian organ dalaman iaitu paru-paru.
Sebelum ini kami ada berkongsi kisah seekor kucing yang menjadi kambing hitam dalam cubaan menyeludup bekalan dadah ke penghuni penjara.
Cubaan yang melibatkan seekor kucing yang diikat dengan kantung berisi pelbagai jenis dadah itu dihentikan pegawai yang menjaga pintu masuk penjara utara ibu kota Panama yang menempatkan lebih daripada 1,700 tahanan.