ustaz ebit lew

Dakwah Ustaz Ebit Lew Ke Sabah, 157 Orang Bajau Laut Masuk Islam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ustaz Ebit Lew, adiwira Malaysia tanpa uniform. Hampir setiap hari ada sahaja aktiviti kemasyarakatan yang beliau lakukan.

Tak kira umur, tak kira bangsa, tak kira agama, semuanya beliau ingin bantu. Tak dapat banyak, sedikit pun sudah cukup bagi beliau asalkan dapat membantu orang yang memerlukan.

Terbaru, dalam perjalanan beliau dan pasukannya untuk misi bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Kunak, dan Semporna di Sabah, mereka berpeluang untuk bertemu dengan suku Bajau Laut.

Niat asal ustaz dan pasukannya adalah memberi bantuan kepada mereka. Tiba-tiba, ramai yang bertanya tentang ketuhanan.

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3938469116183304

Alhamdulillah, seramai 157 orang telah mengucap syahadah sekaligus memeluk Islam. Besar sungguh usaha dakwah Ustaz Ebit Lew sehingga mampu menarik minat suku kaum itu.

Untuk makluman anda, suku kaum Bajau Laut bukanlah memiliki kerakyatan warganegara Malaysia. Antara sebabnya adalah kerana gaya hidup mereka yang tinggal di rumah perahu secara tidak sengaja dan telah ketinggalan daripada mendapat inisiatif politik dan birokrasi untuk memproses identifikasi.

bajau laut
Kredit gambar Instagram

Kemudian, terdapat keluarga Bajau Laut yang berulang-alik antara Sabah dan Filipina sejak, atau bahkan sebelum Perang Dunia Kedua. Malaysia mempunyai prasyarat yang ketat untuk mendapat kewarganegaraan, seperti sijil perkahwinan dan sijil kelahiran anak. Tetapi orang-orang Bajau Laut di rumah perahu ini biasanya tidak mempunyai sijil perkahwinan, dan walaupun mereka memilikinya, ia mungkin tidak diiktiraf secara rasmi.

Untuk mendaftarkan kelahiran, pengesahan dari hospital mesti diperoleh, atau sekurang-kurangnya dari bidan atau doktor. Disebabkan itu, ramai Bajau Laut terperangkap dalam kitaran kejam tanpa kewarganegaraan dari generasi ke generasi.

Maka, kita semua harus kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan pasukannya. Sekiranya kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, cukuplah dengan sedekah doa agar usaha mereka dipermudahkan oleh Allah.