Aliff Syukri Dera Anak Angkat

Dakwaan Pukul Anak Angkat, IG Usahawan Kosmetik Terkenal Diserang Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam dilaporkan, seorang usahawan kosmetik terkenal dan sering terpalit dengan kontroversi telah disyaki memukul anak angkatnya dalam satu kejadian pada 28 Februari lalu.

Kejadian berlaku di kediaman usahawan kosmetik itu di Petaling Jaya, sebelum pembantu rumahnya membuat laporan polis, sehari kemudian.

Menurut sumber, usahawan terbabit dikatakan memukul muka kanak-kanak berusia dua tahun itu menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis. Ramai yang mendakwa usahawan tersebut ialah Aliff Syukri kerana beliau mempunyai seorang anak angkat yang tidak mengikuti isterinya dan adik-beradik lain menunaikan ibadah umrah dan kini Instagram beliau diserang komen netizen.

Dalam laporan polis yang tular di laman sosial, pembantu rumah itu memberitahu dia disuruh membawa anak angkat tersebut ke dalam bilik kasut sebelum diarahkan memukul kanak-kanak malang tersebut.

Aliff Syukri Dera Anak Angkat

Katanya, majikan itu sendiri telah memukul kanak-kanak terbabit menggunakan kasut di badan serta mencubitnya, selepas dia enggan bertindak seperti yang diarahkan (memukul).

Sementara itu, polis telah mengambil keterangan usahawan kosmetik terkenal itu dan empat saksi lain bagi membantu siasatan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pejabat Timbalan Pendawka Raya pada Jumaat ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Selangor Kini, Harian Metro