Rafidah Abdullah

Dakwaan Ivermectin Boleh Merawat COVID-19 Kini Terbukti SAMPAH!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak pandemik melanda, perbezaan pendapat mengenai penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 sering menjadi tumpuan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut didesak beberapa kali supaya meluluskan segera penggunaan ubat ini bagi merawat COVID-19.

Namun menurut KKM, Ivermectin hanyalah merupakan ubat antiparasit yang diluluskan oleh Food & Drug Administration (FDA) untuk digunakan ke atas haiwan.

Meskipun begitu, masih wujud segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak menjual dan memberi preskripsi untuk Ivermectin semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Orang ramai juga didapati sangat mudah terpengaruh dan bertindak membeli serta menyimpan stok Ivermectin di rumah kononnya bagi merawat COVID-19 ketika diperlukan.

Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah di laman Facebooknya telah membuat satu hantaran mengenai kajian terbaru penggunaan Ivermectin dalam sebuah jurnal perubatan.

Hasil penemuan kajian yang diterbitkan pada 30 Mac 2022 tersebut menunjukkan Ivermectin masih tidak berkesan merawat COVID-19 walaupun telah diberikan lebih awal.

Dengan itu, apa yang dapat disimpulkan oleh Dr Rafidah ialah dakwaan Ivermectin boleh merawat COVID-19 kini terbukti hanyalah sampah semata-mata.

Ikuti perkongsian menarik dari Dr Rafidah berikut.

Rafidah Abdullah

IVERMECTIN untuk COVID-19 = SAMPAH

Bila keluar kajian kami buat di Malaysia mengesahkan bahawa Ivermectin TIDAK BERKESAN mengelakkan komplikasi COVID-19 menjadi lebih teruk, ada suara-suara SUMBANG bertanyakan “Mengapa tidak beri Ivermectin lebih awal?”

Sekarang nah, ini kajian bilamana pesakit-pesakit diberi LEBIH AWAL. Masih tidak ada kelebihan mengambil Ivermectin-kematian, kemasukan hospital termasuk kecemasan, bantuan pernafasan.

Jadi, kalau tiada kajian, ianya adalah SAMPAH.

Saya jadi sakit otak melihat masih ramai yang membeli produk SAMPAH ini.

Yang menjual pun, sedap saja nak menipu manusia. Is it worth it? Dapat apa? Duit?

Nampak yang jual Ivermectin pun manusia yang jual produk SAMPAH yang lain.

Saya harap masyarakat Malaysia PEKA – bukan semua orang anda boleh percaya.

Kalau ada yang nak jual Ivermectin, mohon lari dan jangan sekali-kali kembali kepada manusia/klinik/premis tersebut.

Enough is enough.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan.

Sumber & kredit foto: Facebook Rafidah Abdullah