
Dakwa Wujud Hidupan, Rusia Terus ‘Claim’ Planet Zuhrah Milik Mereka
Rusia ‘Claim’ Planet Zuhrah Milik Mereka.
Jika sebelum ini beberapa negara claim pulau, wilayah, budaya, Laut China Selatan dan sebagainya, Rusia membawa budaya tuntut-menuntut hak ini ke tahap baharu.
Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia, Roscosmos mengisytihar Zuhrah sebagai milik Rusia selepas satu kajian mendapati ada kehidupan di planet itu.
Semasa berucap di pameran HeliRussia 2020, Dmitry Rogozin mendakwa Rusia adalah yang pertama dan satu-satunya negara yang mendarat di planet itu, menurut laporan The Moscow Times.
Kenyataan beliau dibuat selepas satu kumpulan pakar dari United Kingdom (UK) menyatakan mereka menemui tanda-tanda kewujudan fosfina di atmosfera Zuhrah, menandakan planet itu ada menyokong sesuatu proses kimia yang tidak diketahui atau kehidupan.
Bagaimanapun, Rogozin mendakwa penyelidikan saintis Rusia sebelum ini mendapati Zuhrah tidak sesuai didiami.
“Kapal angkasa mengumpul beberapa maklumat mengenai planet itu, ia seperti neraka di situ,” katanya.
Ketika Rogozin membuat tuntutan itu, Rocosmos pada awal minggu lalu mengumumkan rancangan melancarkan misi tersendiri ke planet itu tanpa melibatkan kerjasama global.
Rancangan misi terbaharu itu akan dijalankan bersama satu misi lain, Venera-D dengan Rusia mengambil bahagian bersama Amerika Syarikat pada 2026 atau 2031. Misi tersebut akan memberi tumpuan untuk menjelajah planet Zuhrah.
Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan Bumi. Malah, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama.
Dengan penemuan fosfin di Zuhrah, Rusia yakin ianya menjadikan planet itu kawasan yang menarik untuk diterokai di sistem suria kita.
Di Bumi, fosfina ialah gas tanpa warna dan ada bau seperti bawang putih atau ikan reput. Ia terhasil disebabkan mikroorganisma tertentu dengan kewujudan oksigen.
Sumber: Suara
BACA: Bau Macam Kentut, Uranus Planet Paling Busuk Dalam Sistem Suria
BACA: Pluto Kini Tidak Lagi Berstatus Planet
Trending now



