
Dakwa Sebagai Tak Efektif, Lihat Alasan Lain Indonesia Enggan Laksana Perintah Berkurung
Indonesia dakwa perintah berkurung sebagai tak efektif.
1 April lalu, Indonesia mengisytiharkan darurat namun enggan menguatkuasakan perintah berkurung telah menimbulkan tanda tanya dalam masyarakat.
BACA: Indonesia Isytihar Darurat Tapi Enggan Kuat Kuasa Perintah Berkurung Meski Kematian Meningkat
Pada ketika itu, Presiden Joko Widodo enggan mengulas lanjut mengenai keputusanyang dibuatnya itu.
Hanya menegaskan penjarakkan sosial dilakukan dalam skala yang besar, Presiden Jokowi turut menguatkuasakan perintah konsep bekerja dari rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan.
Bagi Indonesia alasan tidak menerapkan perintah berkurung mahu pun lockdown adalah kerana merasakan langkah tersebut tidak efektif dalam memerangi penularan COVID-19.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1883657181767489?__cft__[0]=AZUN3Vf7bJCsFWVn7Ievj4yyc7Levz_athLcxmNESLi2N7VSzHQ32I_fTd49iRJY2EqJwROdqQt8xoe-dVwHa8yAYaCV-fIYDGDk1JMkicJUtAhPZexWGt-PJxts_cAl5lUqU-oSrrXKsSAzqFL9FL6axAbL6TSQaNn7qzQbU-B-3Q&__tn__=%2CO%2CP-R
Ketua Barisan Menangani COVID-19, Doni Monardo memberitahu perintah berkurung hanya menimbulkan kesan baharu, contohnya seperti India yang semakin kacau bilau selepas penguatkuasaan perintah berkenaan dilakukan.
Namun begitu, beliau memuji kebijaksanaan negara seperti Itali, Perancis dan Malaysia yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat dan Perintah Berkurung bagi menangani penularan COVID-19.
BACA: Masjid Di Indonesia Masih Dibuka, Jemaah Tunai Solat Dengan Aplikasi ‘Jarak Sosial’
Tidak merasakan tindakan Presiden Jokowi sebagai sesuatu yang salah, beliau meminta agar semua penduduk Indonesia menghormati keputusan ketua negara berkenaan.

Tambah beliau lagi, sekiranya Indonesia melaksanakan perintah berkurung, bukan sahaja kesemua aktiviti luar akan dibatalkan serta merta termasuklah berkunjung ke daerah lain, tetapi kerajaan akan menghadapi kekangan dalam menyediakan bekalan makanan kepada seluruh rakyatnya yang berjumlah 270 juta orang.
Bagi Jokowi (menurut portal media VOA 24 Mac lalu), displin isolasi adalah yang paling penting diamalkan. Dengan tertutupnya banyak lokasi seperti tempat hiburan dan syarikat, maka masyarakat kelas bawahan akan semakin susah.
Jadi dengan tidak mengadakan perintah berkurung, daya beli masyarakat masih terjaga seterusnya membawa kepada berjalannya ekonomi negara.
Setiap negara memiliki karakter, budaya, dan tingkat kedisplinan yang berbeda-beda. Dengan pertimbangan itu, menghadapi Covid-19 ini, kita tidak memilih jalan lockdown.
Di negara kita, yang paling tepat adalah physical distancing — meminta setiap warga menjaga jarak aman. pic.twitter.com/BS8iniV8bV
— Joko Widodo (@jokowi) March 24, 2020
Bagi membantu golongan miskin yang terjejas, Jokowi telah memperkenalkan bantuan kewangan RM170 sebulan kepada golongan miskin dan kad pembelian keperluan asas bernilai sekitar RM60 kepada 20 juta keluarga.
Selepas melihat kepada jumlah jangkitan yang semakin besar serta jumlah kematian di Jakarta yang semakin tinggi, Jokowi telah mengeluarkan arahan kepada rakyat Indonesia agar tidak menyertai perhimpunan, penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan dan serta work from home.
Meskipun tiada Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang dilakukan di Malaysia, beberapa bandar besar mula sunyi kerana penduduk mengambil inisiatif sendiri untuk tetap #StayAtHome.
Terdahulu, Jokowi dan Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putrantro telah disaman oleh sekumpulan pemilik perniagaan kecil dan sederhana di Indonesia kerana telah menyebabkan mata pencarian mereka terjejas.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1882894225177118?__cft__[0]=AZUPj6BfbPC38IEyW98cPKeGcFLwi8CqVDG0AEjgpNyn_DTf_PJedCUwqJAQZXruORtGoACPvBfMuzPaoAzPEfqv69R52SPgqVy1PFfhzaHP7LRhhQBa8NfBsN-1daEYCi0U0CXV8jgWusBD89SX7Bc7BDQ9KKQ3IW2knmuxyOpaVg&__tn__=%2CO%2CP-R
Trending now



