
Dakwa Sebagai Prop Cosplay, Kerusi Plastik Merah Ini Dijual Pada Harga RM284
Bagi peminat cosplay, melaburkan wang bagi mendapatkan peralatan yang lengkap adalah satu perkara biasa dan ia pastinya memberi kepuasan kepada diri apabila dapat mengumpulkan barangan itu yang dianggap ‘rare’.
Pastinya mereka mengetahui ‘lubuk’ mencari barangan cosplay bagi menyamakan watak animasi yang mereka minati. Namun, jika ditawarkan prop cosplay dengan harga ratusan, sanggupkan melaburkan wang anda?
Seorang pengguna Facebook, Muhammad Rizky dari Singapura mengambil peluang berkongsi iklan menjual kerusi plastik pada harga lebih RM280 (950.000 IDR) kerana dikatakan kerusi itu menyerupai prop karakter permainan Girl’s Frontline iaitu T-91.
Menerusi Facebooknya, item tersebut diberi nama ‘Griffon red chair’ dengan keterangan ‘heavy duty’ dan ‘high quality’ dan boleh dilakukan penghantaran antarabangsa. Jika anda melihat pada poster itu, jelas kelihatan terdapat satu kerusi merah yang digunakan oleh karakter ini sebagai prop.

Walaupun rata-rata menganggapnya mengarut dengan harga tidak masuk akal itu, tetapi Rizky membuktikan ada tertarik untuk membelinya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ia hanyalah gurauan atau perkara serius. Kalau benar, pandai betul buat duit ya!
Sumber: FB Muhammad Rizky
Trending now



