Gunung Jerai

Dakwa Nabi Adam Turun Di Gunung Jerai, JHEAIK Pandang Serius Amalan Khurafat Di Kedah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Agak menyedihkan apabila beberapa perbuatan dan amalan khurafat dilaporkan telah berlaku di atas Gunung Jerai, Kedah seperti yang telah didedahkan di media sosial baru-baru ini.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah pun dimaklumkan mengenai hal ini dan telah membuat kenyataan rasmi mengenainya.

Gunung Jerai

Kejadian ini menyedarkan banyak pihak mengenai betapa rapuhnya akidah umat Islam di Malaysia ketika ini yang amat mudah terpesong dan terpedaya dengan memilih jalan yang sesat.

Selain dari mendakwa Nabi Adam a.s. turun di Gunung Jerai, terdapat beberapa lagi kepercayaan karut yang dibawakan oleh golongan ini dengan menjadikan negeri Kedah sebagai lokasi keramat.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Abu Maryam Azri di Facebooknya ini agar kita sama-sama dapat mengelak dari turut terpesong dan sesat. Nauzubillah.

Gunung Jerai

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Satu lagi musibah kepada umat yang merosakkan akidah.

Inilah hasil didikan sebahagian penceramah yang membawa cerita-cerita karut kononnya Nabi Adam a.s. turun di Gunung Jerai, Saiyidina Utsman r.a. datang ke Kedah, kapal Tariq bin Ziyad dibuat oleh orang Melayu Kedah, Dzulkarnain membina tembok menghalang ya’juj ma’juj dari besi yang diambil dari Kedah, pedang Nabi s.a.w. ditempah dari Kedah dan sebagainya.

Akhirnya, tak mustahil Kedah menjadi seperti Tarim Hadramawt dan Gunung Jerai ini menjadi pusat kesyirikan masyarakat yang disesatkan oleh golongan dajjal min dajajilah di meja-meja penceramah.

Tinggalkanlah penceramah-penceramah karut seperti ini. Jangan dijadikan rujukan dalam agama. Kalaupun akhlak mereka kononnya dikatakan baik, namun berakhlak dengan Allah dan RasulNya lebih utama. Menjaga amanah kesahihan agama itulah akhlak yang perlu didahulukan. Ingat, akhlak sami Buddha dan pendeta-pendeta juga tak kurang hebatnya di mata manusia namun itu bukanlah pengukur kebenaran agama!

BACA: Kerajaan Langit Ayah Pin Kekal Popular, Sehingga Kini Masih Lagi Ada Pengikut

Sumber & kredit foto: Facebook Abu Maryam Azri