Dakwa Jadi Kambing Hitam, Jho Low Hanya Akan Pulang Jika Politik Malaysia Diyakini Selamat

Ahli perniagaan yang sedang diburu pihak berkuasa Malaysia, Jho Low baru-baru ini mengakui beliau menjadi kambing hitam dalam skandal kewangan terbesar 1MDB.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar harian Singapura, The Straits Times melalui e-mel, beliau turut menafikan dirinya adalah perancang utama skandal berbilion dolar tersebut kerana beliau bukanlah terdiri daripada kalangan ahli politik dalam skandal yang bermotifkan politik ini.

BACA: Genting Jual Semula Kapal Mewah Kontroversi Equanimity

Jho Low juga menggambarkan dirinya sebagai orang tengah yang diminta dalam ‘membantu’ urusan manfaat kerajaan Malaysia dengan satu pihak di Asia Barat berikutan hubungan baik yang dimiliki dengan beberapa pembuat dasar.

Manfaat itu termasuklah rakyat Malaysia yang terkandas dalam krisis di Mesir untuk kembali dengan selamat melalui Arab Saudi dan pertambahan kuota haji selain daripada membantu mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi ketika di bawah pentadbiran Najib Razak.

Kes DS Najib Razak 1

Tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan, Jho Low turut memberitahu atas sebab itu jugalah perhatian media ditujukan kepada beliau bukannya pihak sebenar yang bertanggungjawab.

Juga mendakwa dirinya ditawarkan suaka pada Ogos 2019 atas dasar penganiayaan di sebuah negara di Eropah yang mematuhi Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia (ECHR), Jho Low memberitahu beliau ingin pulang ke Malaysia dan berdepan dengan tuduhan berkaitan skandal ini hanya sekiranya iklim politik sudah sesuai dan membuatkan beliau merasa selamat.

Jho Low Taja The Malaysian Insider

Merupakan temu bual pertama kali yang dibalas Jho Low tanpa perantara firma perhubungan awam, Jho Low dikatakan lebih meyakini sistem keadilan Amerika Syarikat yang mana kedaulatan undang-undang dihormati dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

BACA: Portal The Malaysian Insider Didakwa Terima Tajaan Jho Low

Awal November lalu, portal berita antarabangsa dan tempatan melaporkan bahwa Jho Low didakwa sudah membedah wajahnya menyerupai seekor beruang dan berjalan seperti seladang, namun dibidas oleh Ketua Polis Negara sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Sumber: Harian Metro, FMT