Guna Lampu Rawat Kanser

Dakwa Guna ‘Lampu Biru’ Boleh Rawat Kanser, Keluarga Pesakit Kecewa Kenalan Ambil Kesempatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular sebuah video mengenai rawatan alternatif bagi merawat pesakit kanser sehingga mendapat perhatian netizen.

Video yang berasal daripada TikTok kemudian dimuat naik menerusi platform Twitter itu memaparkan seorang lelaki sedang melakukan pemeriksaan ke atas seorang pesakit kanser paru-paru menggunakan sebuah alat khas yang mengeluarkan lampu berwarna biru.

Cahaya biru akan keluar daripada sebuah alat dan selepas tiga kali rawatan, pesakit yang sebelum ini terlantar sudah mampu untuk duduk.

Perkongsian video tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meluahkan kerisauan melihat ada lagi yang ‘tertipu’ menggunakan kaedah ‘rawatan’ oleh individu tidak bertanggungjawab terutama bagi warga emas.

Memetik perkongsian pemilik akaun Twitter @Jatikhwan, meluahkan rasa tidak berpuas hati dan berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar pasukan penguat kuasa bagi melakukan penyiasatan terhadap individu tersebut dan lain-lain yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit kanser.

Lebih mengejutkan, individu itu dikatakan mempunyai majlis pengijazahan Tenaga Dalam Illahi seperti yang ditulis di laman web mereka.

Guna Lampu Rawat Kanser

Bukan sahaja itu, laman web tersebut turut dipenuhi dengan terma seperti bio magnetik, kuasa kuantum dan sebagainya lagi.

Namun, ada juga dilihat mendakwa tidak salah menggunakan kaedah rawatan sebegitu dan meminta untuk tidak masuk campur kerana ia adalah pilihan masing-masing.

Ahli keluarga kecewa

Dalam perkembangan sama, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @dilladontdodat mendakwa pesakit dalam video tersebut merupakan bapa kepada kawan baiknya yang bernama Azie.

Kenalannya itu berasa marah apabila mengetahui video tersebut diambil tanpa kebenaran keluarga.

“Lelaki itu merupakan anak kepada kawan ayah. Mereka memang rapat. Lelaki itu menjual pelbagai barangan mahal dengan alasan dapat merawat penyakit.

“Saya tidak mempercayai rawatan itu dan membiarkan sahaja ibu menguruskan memandangkan mereka kawan ayah. Gambar duduk itu sebenarnya diambil apabila TNB membuat pemeriksaan elektrik dan ayah mampu duduk selepas mendapat pertolongan fisioterapi.

Guna Lampu Rawat Kanser

Jelas Azie, sekumpulan individu itu sanggup datang ke rumah walaupun pada waktu malam. Mereka sememangnya tidak mempercayai rawatan itu tetapi ayahnya biarkan sahaja.