Dunia Bergantung Pada Sarung Tangan Getah Malaysia COVID-19

Dakwa Guna Khidmat Buruh Paksa, AS Sekat Sarung Tangan Getah Syarikat Tempatan Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

AS Sekat Sarung Tangan Getah Malaysia

Syarikat pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) kini berdepan larangan eksport produknya ke Amerika Syarikat (AS) dibawah dua anak syarikatnya kerana dikatakan menggunakan khidmat buruh paksa.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) dalam laman web rasminya meletakkan dua anak syarikat Top Glove iaitu Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd dalam senarai perintah penahanan berkenaan.

Bagaimanapun, laman web CBP hanya menyenaraikan Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd tanpa menjelaskan secara terperinci bentuk tindakan yang diambil.

Tindakan CBP itu dibuat ketika permintaan tinggi terhadap sarung tangan perubatan dan perlindungan peribadi susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia termasuk AS.

Top Glove dalam satu kenyataan mengesahkan isu perintah penahanan terhadap produknya oleh CBP.

Syarikat itu berkata, pihaknya sudah menghubungi CBP menerusi pejabatnya di AS bagi memahami isu berkenaan dengan lebih baik dan berharap dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

Menerusi kenyataan Top Glove, terdapat kemungkinan perkara itu berkaitan dengan buruh asing di mana isu berkenaan sudah selesai, kecuali satu isu berkaitan pembayaran balik bayaran pengambilan oleh pekerjanya kepada ejen sebelum Januari tahun lalu, yang mana ia berlaku tanpa pengetahuan pengeluar sarung tangan getah itu.

Bagaimanapun, Top Glove menegaskan, ia sudah menjelaskan semua fi pengambilan berkenaan ketika Dasar Yuran Pengambilan Sifar dilaksanakan.

Katanya, sejak beberapa bulan lalu, ia berusaha menangani masalah berkenaan termasuk membabitkan pengesanan mendalam bagi memastikan jumlah yang tepat perlu dibayar semula kepada pekerja bagi pihak ejen sebelum ini.

AS Sekat Sarung Tangan Getah

AS sebelum ini menuduh WRP Asia Pacific Sdn. Bhd menggunakan buruh paksa di kilangnya di Sepang, Selangor. Pertuduhan ini kemudiannya diikuti dengan langkah pengharaman sarung tangan getah dari syarikat itu pada September 2019.

Selepas penarikan status pengharaman sarung tangan getah buatan syarikat berkenaan, semua sarung tangan getah yang diperbuat selepas 16 Mac 2020 dibenarkan masuk ke semua pintu masuk pelabuhan di AS atas alasan ‘WRP Asia Pacific tidak lagi menghasilkan sarung tangan getah menggunakan buruh paksa’.

BACA: Dunia Bergantung Pada Sarung Tangan Getah Malaysia Melawan COVID-19 – Kedutaan AS

Dalam pada itu, Top Glove mengeluarkan kenyataan kekosongan kerja diisi penduduk tempatan adalah tidak realistik. Di sebalik usaha menggaji pekerja, tenaga kerja ketika ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan sarung tangan yang meningkat mendadak disebabkan COVID-19.

Sumber: BH