Dakwa Diri Akan Jadi Kebal, Rakyat Amerika Syarikat Sambut Pesta COVID-19

Dakwa Diri Akan Jadi Kebal, Rakyat Amerika Syarikat Sambut Pesta COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sedang negara lain sibuk mengadaptasi diri ke arah norma baharu dengan mengamalkan penjarakan sosial, rakyat Amerika Syarikat pula mengadakan Pesta COVID-19 selepas dakwa diri kebal sekiranya bergaul bersama pesakit wabak tersebut.

Pengarah Kesihatan Walla Walla Country, Meghan Debolt menyatakan setakat ini ada dua pesta yang disahkan berlaku di kawasan tersebut.

Pesta itu sengaja diadakan agar orang ramai kebal daripada wabak berkenaan membawa padah selepas dua daripada 20 yang hadir kini disahkan positif COVID-19.

BACA: Catat Sejuta Kes Positif, Presiden AS Sekali Lagi Tampil Dengan ‘Cadangan Bijak’ Rawat COVID-19

Menjadikan usaha petugas kesihatan dan pihak berkuasa sia-sia, rakyat Amerika Syarikat percaya bahawa dam dakwa diri akan menjadi lebih kebal sekiranya bergaul bersama mereka yang sudah disahkan.

Dakwa Diri Lihat Bagaimana Amerika Syarikat, Itali Dan Sepanyol Urus Lambakan Mayat Korban COVID-19

Setakat ini, Amerika Syarikat masih mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi dengan angka kes sebanyak 1.43 juta daripada 4.4 juta kes keseluruhan yang dicatatkan di 213 buah negara serta dua buah kapal persiaran antarabangsa dan mencatatkan kes mengatasi China pada akhir Mac lalu.

Sehingga kini, Amerika Syarikat masih lagi menyalahkan Wuhan, China sebagai punca wabak berkenaan disebarkan di seluruh dunia.

Tidak cukup dengan itu, Amerika Syarikat menuduh China cuba mencuri kajian berhubung vaksin COVID-19 sehingga menyebabkan ketegangan sedia ada di antara kedua negara berkenaan menjadi lebih tegang.

Amerika turut menuduh bahawa Rusia yang semakin akrab dengan China telah bersekongkol dalam menyebarkan maklumat salah mengenai wabak pandemik itu di media sosial.

Sumber: Bangkok Post

 

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.