Daiso Tutup Operasi Malaysia 1

Daiso Malaysia Bakal Tutup Operasi Sebahagian Besar Cawangan Mereka?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kedai serbaneka terkenal dari Jepun, Daiso Malaysia hari ini menjadi bualan orang ramai apabila satu poster mengenai penutupannya tular di laman media sosial.

Melibatkan sebahagian besar cawangan yang berada di Malaysia, antara cawangan yang tidak terlibat dalam penutupan bermula 1 April ini ialah:

Daiso Tutup Operasi Malaysia

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Daiso Malaysia melainkan poster berkenaan yang tular di laman media sosial.

Ada netizen yang membuat spekulasi penutupan berkenaan adalah disebabkan wabak koronavirus yang sedang melanda lebih 113 buah negara kini.

BACA: Lelaki Jepun Didakwa Positif Koronavirus Selepas Pulang Dari Indonesia

Kedai serbaneka Daiso yang berasal daripada Jepun ini menjadi pilihan orang ramai kerana harga barangan yang ditawarkan adalah semurah RM5.57 dengan aneka pilihan yang amat berbaloi dimiliki.

Melangkah masuk sahaja ke kedai ini, pastinya mata menjadi rambang dengan kepelbagaian yang ada. Antara barangan popular yang dijual dan selalu dibeli pengguna adalah perkakas rumah, barangan peribadi dan aksesori.

Pastinya berita ini menimbulkan kesedihan buat peminat setianya. Sebelum munculnya kedai serbaneka yang lain, Daiso merupakan antara kedai yang dituju sekiranya mahu mendapatkan barangan yang berkualiti dengan harga yang murah.

Terkini, Daiso Malaysia memohon maaf berikutan salah anggap dan kekeliruan yang timbul dengan berita penutupan mereka. Ini kerana penutupan hanya akan berlaku di East Coast Mall, Kuantan dan bukannya semua outlet di seluruh Malaysia.

https://www.facebook.com/daiso.kuantan/photos/a.260272617509502/1239728662897221/?type=3&__tn__=-R

Sumber: Daiso Malaysia