Cara Amalkan Air Nabeez

Dahsyatnya Kelebihan Air Nabeez, Ini Cara Betul Amalkan Minuman Sunnah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setibanya bulan Ramadan, buah kurma akan menjadi pilihan masyarakat sebagai makanan tambahan yang diambil ketika berbuka atau bersahur.

Makanan sunnah ini boleh diambil dalam bentuk berbeza iaitu air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez.

Ramai tidak mengetahui minuman ini yang sebenarnya mengandungi banyak khasiat. Selain itu, dikatakan air nabeez adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW.

Kelebihan air nabeez minuman sunnah

Rendaman kurma ini dipanggil air nabeez atau bahasa moden infused water. Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat.

1. Mengelakkan hidrasi

Selain air masak, air nabeez dapat digunakan sebagai alternatif untuk membuatkan seseorang kekal hidrasi. Malah, minuman ini juga lebih menyihatkan berbanding air manis lain.

2. Meningkatkan tenaga

Kurma mengandungi karbohidrat dan gula yang menjadi sumber tenaga utama kepada tubuh.

Oleh itu, minuman ini sesuai diambil bagi mengatasi rasa keletihan terutama sepanjang Ramadan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.

3. Melancarkan pencernaan

Kandungan tinggi serat di dalam kurma memudahkan proses penghadaman. Bagi mereka yang sering mengalami masalah sembelit amat disarankan minum air nabeez.

Cara Amalkan Air Nabeez

4. Mengawal gula dalam darah

Istimewanya buah kurma ini walaupun rasa kurma manis, ia tidak menyebabkan peningkatan gula dalam darah.

Kandungan nilai indeks glisemik (GI) yang rendah pada kurma akan menstabilkan tahap gula dalam darah.

Dinasihatkan supaya tidak menambah gula atau pemanis tambahan dalam air nabeez bagi mengekalkannya sebagai minuman berkhasiat.

5. Mencegah penyakit

Kurma diketahui dapat menurunkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikategorikan kolesterol ‘jahat’ yang kesannya baik kepada kesihatan jantung.

Khasiat lain kurma seperti kandungan flavonoid, karotenoid dan asid fenolik yang boleh mengurangkan keradangan serta merendahkan risiko penyakit seperti kencing manis juga barah.

Cara amalkan minuman sunnah

Cara membuat air minuman ini juga mudah, ambil kurma dalam bilangan ganjil (lazimnya 3 biji) dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.

Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar saja tidak perlu masuk dalam peti ais. Pastikan bekas air bertutup.

Boleh minum pada waktu sahur keesokan harinya. Buatlah setiap malam sepanjang bulan Ramadan atau hari biasa pun boleh.

Elakkan daripada merendam kurma dalam tempoh panjang iaitu melebihi 24 jam bagi mengelakkan ia rosak.

BACA: Cara Pilih Dan Simpan Kurma Agar Tahan Lama