
Dah ‘Upgrade’ Daripada Teh Ais Ke Necafe O’ Kaw, Netizen Kongsi Keadaan Air Di Kelantan
Dah upgrade daripada teh ais ke nescafe o’ kaw, netizen kongsi keadaan air di Kelantan.
Isu air bersih di Kelantan sehingga kini masih lagi belum dapat diselesaikan.
BACA: Dua Bulan Terputus Bekalan Air, Penduduk Sg Terah Terpaksa Redah Perjalanan 15KM Semata Untuk Mandi
Terbaharu di sosial media, satu hantaran berkongsikan keadaan terkini air di Kelantan yang semakin memburuk atau dalam erti kata lain dah upgrade daripada warna seperti teh ais bertukar kepada nescafe o’ kaw.
Basuh berak pun bontot naik kurap pic.twitter.com/xpvgLU4rEb
— Haji [email protected] (@HajiMat5) September 11, 2020
Di ruangan balasan, ada yang mempertahankan bahawa sejak tidak pernah berhadapan dengan masalah air tidak bersih seperti ini.
Aku balik kampung kat tumpat, air elok je. Pergi rumah sedara kt kemahang tanah merah, pun air elok je. Rumah pak sdara kt pasir mas, air elok juga, gua musang pun air elok. Kelantan benua belah mana yg air teruk ni entah🤦🏻♂️
— Hidayat razak (@dayat_razak) September 13, 2020
Malah ada yang berkongsi, bahawa mereka (anak-anak) yang menikmati air bersih di Kelantan adalah hasil daripada penat lelah ibu bapa yang menggerudi air dari kawasan 20 meter di bawah tanah dan menyalurkannya menggunakan pam elektrik melalui laluan paip.
Betul tu. Terpaksa boring. Sebab air negeri memang tak boleh harap. Lahir2 je dah latte. Sekarang ni americano. Nanti kang keluar wiski ke harey la pulak
— The Blue Shirt Guy 🇲🇾 (@redza_indrawan) September 11, 2020
Selalunya orang boring air sendiri. Direct drpd bawah tanah.
— Noiseboy (@hafifixberhenti) September 11, 2020
Digelar sebagai air boring, air dengan sistem telaga tiub ini bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah air kotor tetapi juga tekanan air rendah.
Namun begitu, tak semua tempat sesuai menggunakan air boring kerana di sesetengah tempat terdapatnya masalah air berbau dan berwarna merah yang tak sesuai diminum kerana mengandungi toksik logam.
April lalu, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata menjelang 2025 lebih 261,000 pemilik akaun air terawat di Kelantan akan menikmati perkhidmatan bekalan air bersih susulan pelaksanaan 33 projek bekalan air yang sedang dijalankan.
Trending now



