047B37D3-D3D5-41C8-9E57-A900E5D93EA8

Sudah Terbukti Bersalahkah Ustaz Ebit Lew?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam kita dikejutkan dengan berita bahawa Ustaz Ebit Lew dihadapkan ke mahkamah Tenom, Sabah atas tuduhan gangguan seksual.

Walaupun telah dibicarakan, adakah beliau benar bersalah? Perkara ini diulas oleh seorang peguam, Nor Zabetha dalam hantarannya di Facebook. Mari kita dengar penjelasan beliau.

Masih belum bersalah lagi

Hari ini dilaporkan bahawa Ebit Lew dihadapkan di mahkamah, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk gangguan seksual.

Banyak reaksi orang awam. Ada yang menunggu keadilan sewajarnya dan ada yang mempersoalkan tentang prosedur dakwaan dan mempertikaikan perundangan.

Bagi sesuatu laporan polis, kenapa ada kes yang dituduh ke mahkamah, ada yang tidak diteruskan. Apa perbezaannya? Saya terangkan, bagaimana perjalanan aduan laporan polis sehinggalah pendakwaan di mahkamah.

8A9DA364-5605-4B39-8D0E-17FFD8C240FD

Apabila seseorang mangsa membuat laporan polis bagi kesalahan seksual. Bukan terus-menerus polis akan buat keputusan. Polis teliti dahulu sama ada terdapat elemen jenayah. Ini selaras dengan Seksyen 107, Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Kemudian kertas siasatan akan dibuka. Polis pun akan menyiasat. Bagaimana cara siasat? Polis akan mengumpul bukti, mengikut kes. Kalau kesalahan jenayah seksual itu dibuat secara menghantar gambar lucah, maka yang menjadi bahan bukti adalah telefon bimbit.

Kalau berlaku serangan seksual di sesuatu tempat, maka siasatan akan dibuat dengan meneliti kawasan tersebut. Jika ada CCTV, rakaman CCTV akan diambil. Jika ada saksi, keterangan saksi akan dipanggil.

Ini kita panggil proses menyiasat. Proses ini bukanlah bertujuan menghukum tetapi aduan setiap orang tentang kesalahan jenayah perlu dilakukan. Ada bukti atau tidak tertakluk kepada siasatan. Kalau semua aduan tidak diambil berat, maka makin berleluasa jenayah di Malaysia.

Jika ada berlaku jenayah seksual, pihak polis akan mengenal pasti jenis kesalahan jenayah yang bersesuaian dengan Seksyen dan Akta Kesalahan.

Jenayah seksual ini ada banyak kategori, ada rogol, ada cabul dengan menggunakan kekerasan jenayah, ada perbuatan, perkataan, gerak isyarat atau visual yang menganggu privasi dan kesucian seseorang, ada kesalahan bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan pelbagai lagi.

Contoh, jika aduan itu adalah bagi cabul dengan menggunakan kekerasan jenayah bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jadi siasatan perlu menunjukkan si pelaku telah dengan kekerasan jenayah sama ada, meraba, mencium atau apa-apa perbuatan terhadap mangsa sehingga mencabut kehormatan seseorang ‘outrage the modesty’.

Jika sekiranya dibuktikan bahawa perbuatan itu tiada elemen kekerasan jenayah. Bercium suka sama suka. Terdapat bukti pula, ada pesanan Whatsapp ‘Terima kasih sayang untuk petang ini’.

Tiba-tiba bergaduh dengan kekasih dan dibuat laporan polis kononnya dia dipaksa bercium dan pelaku telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Maka, bukti Whatsapp ini bakal mematahkan siasatan dan dakwaan di mahkamah.

Melainkan jika ada pemfaktoran mangsa adalah kanak-kanak, elemen suka sama suka ini tidak wujud jika mangsa kanak-kanak. Dianggap kanak-kanak ini telah dipengaruhi orang dewasa. Jadi tolong jangan jadi keji hendak sexual grooming kanak-kanak dan ajar mereka konsep suka sama suka. Keji!

Jadi selepas melakukan siasatan dan cuba mencari pembuktian serta keterangan berdasarkan elemen jenayah dan kertas siasatan adalah selesaikan, kes ini akan diserahkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk izin memulakan pertuduhan kes di mahkamah.

Pendakwaraya pula akan meneliti kertas siasatan. Jika Pendakwaraya beranggapan, ada elemen tetapi tidak cukup bukti, barangkali Pendakwaraya akan meminta bukti lanjut. Jika bukti serta keterangan tidak kukuh untuk membuktikan kes jenayah, kes ini bakal diklasifikasikan sebagai ‘NFA’ (No further action).

Jika terdapat elemen jenayah dan bukti kukuh dan boleh dibicarakan di mahkamah, tuduhan ini akan dihadapkan ke mahkamah dan tertuduh boleh membela diri.

1346E939-5B2A-4F32-B8E4-D8DF62A3AEA9

Masih belum bersalah lagi. Ada pembelaan oleh tertuduh. Cuma setakat kes dituduh di mahkamah itu telah terdapat elemen-elemen jenayah yang dipenuhi tetapi subjek kepada pendakwaan dan pembelaan di mahkamah.

Menurut laporan tahun lalu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sesyen 509 KK adalah bagi kesalahan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang. Contoh menghantar bunyi, isyarat, perkataan atau bunyi berbentuk lucah.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, menggunakan applikasi atau rangkaian (internet) dengan cara lucah, jelik, sumbang palsu.

Manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula adalah bagi kesalahan menggunakan perkataan-perkataan yang lucah, mengugut, kasar atau menghina.

Tertuduh boleh membela diri. Begitulah prosesnya.

Sumber: Nor Zabetha