
‘Miskin Simpati’, ‘Tak Habis Belajar Sejarah’ – Izwan Azir Saleh Kecam Komen Netizen
Berlaku sedikit kekecohan di media sosial pada hari ini apabila segelintir rakyat Malaysia didapati telah memberikan komen ‘panas’ berhubung kemangkatan Ratu Elizabeth II awal pagi tadi.
Perkara ini dikecam oleh personaliti TV dan radio, Izwan Azir Saleh di akaun Instagramnya yang menyifatkan golongan netizen tersebut sebagai ‘miskin simpati’ dan ‘tak habis belajar Sejarah’.
Biar betul? Ikuti teguran yang dibuatnya berikut untuk direnungkan bersama:
“Dah mangkat tu, mangkat sajalah, bukan Raja kita pun, apa nak kecoh-kecoh?”
‘Sibuk kesian dia mangkat, harga barang kita turun ke?’
Itu antara secebis komen segelintir rakyat Malaysia apabila mendengar khabar kemangkatan Ratu Elizabeth ke-II awal pagi tadi. Komen-komen begitu bukan sahaja menunjukkan kita miskin rasa simpati, tapi tak habis belajar Sejarah.
Bayangkan jika pemergian Tunku Abdul Rahman ke London dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan, ditolak Ratu Elizabeth, agak-agaknya kita boleh hidup bebas ke hari ni?
Daripada kaitkan harga barang dengan kemangkatan baginda, kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita.
Boleh saja jika Baginda menolak untuk mengurniakan kemerdekaan, tapi kerana baginda merasakan Malaya sudah boleh mengurus negaranya sendiri, baginda sanggup melepaskan satu daripada tanah jajahannya.
Oh ye, Baginda adalah kata ganti nama kepada golongan Raja/Ratu, bukan beliau. Itupun orang kita nak buat isu.
Your Majesty, on behalf of your Commonwealth citizen in Malaysia, thank you and good bye maam.
#queenelizabeth
#ratuelizabeth
#mangkat
BACA: Kemangkatan Ratu Elizabeth II – Era Britain Sebagai Kuasa Besar Dunia Juga Akan Berakhir?
Sumber: Izwan Azir Saleh