Demam Tak Kebah Simpan Ubat Dalam Peti Sejuk

Dah Makan Ubat Tapi Demam Tak Kebah, Doktor Dedah Punca Yang Ramai Ibu Bapa Tak Sedar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anda salah seorang individu yang gemar menyimpan ubat-ubatan di dalam peti sejuk? Beranggapan bahawa dengan menyimpan ubat-ubatan dalam peti sejuk akan menambah jangka hayat ubat dan tahan lama?

Mungkin anda patut khuatir dengan cara penyimpanan sebegitu. Tahukah anda, sebenarnya cara begini akan mengundang risiko bahaya lebih-lebih lagi jika diberi makan kepada kanak-kanak?

Perkara ini dikongsikan oleh Dr Luqman menerusi akaun Twitternya. Mari kita baca perkongsian beliau ini.

Pelik kenapa ramai ibu bapa datang jumpa doktor beritahu demam anak tak kebah walaupun sudah beri ubat

Siapa kat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau kita simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk?

Demam Tak Kebah Simpan Ubat Dalam Peti Sejuk
Sumber: Twitter

Dulu saya selalu rasa pelik. Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil tu tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.

Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan! Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.

Ubat demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu.

Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.

Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi letak pulak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu.

Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat.

Jika nak simpan, paling lama dua bulan

Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu nanti letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat.

Tapi kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang je walaupun masih ada baki. Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk lepas tahu info ni ya.

BACA: Sakit Kepala Dan Demam Lepas Terima Vaksin, Ahli Kimia Kongsi Jenis-Jenis Panadol Ikut Kesesuaian

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari