2022 Hospital Masih Keadaan Daif

‘Dah 2022 Tapi Wad Rapat, Kena Bawa Kipas’ – Netizen Luah Kecewa Dengan Keadaan Hospital Masih Daif

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika membuat carian di Google, isu berkaitan keadaan hospital yang daif dengan kekurangan infrastruktur sering dibangkitkan sejak sekian lama.

Tidak dinafikan, perkara ini sememangnya memerlukan peruntukan besar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku namun dari pandangan orang ramai, ia tidak nampak jika sudah berlaku perubahan.

Isu ini dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter yang mana dia meluahkan perasaan kecewa dan tidak berpuas hati dengan masalah yang masih wujud di sebahagian hospital kerajaan yang dikatakan masih dalam keadaan daif.

Katanya, walaupun kini sudah memasuki tahun 2022 namun keadaan terkini hospital masih sama seperti zaman dahulu.

BACA: Sesak Teruk, Terpaksa Beratur Tunggu Giliran Hingga Lebih 8 Jam, KKM Digesa Perbaiki Mutu Perkhidmatan Di Hospital Kerajaan

“Hospital pun masih pakai kipas, wad rapat-rapat… Staf hospital nak kerja pun susah. Dengan uniform diorang yang panas, cuaca panas. Come on la…”

Menerusi ciapan yang sama, dia juga memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang pelawat mengusung kipas persendirian ke hospital. Situasi ini berlaku apabila pesakit berasa panas berada di dalam hospital dan ini sahajalah alternatif yang boleh dibuat.

2022 Hospital Masih Keadaan Daif
Sumber: Majoriti

Ciapan pengguna Twitter ini mendapat perhatian ramai dengan rata-ratanya berkongsi pengalaman pahit mereka tentang keadaan hospital.

“Tempat yang paling daif ialah hospital kita. Sedangkan mamak ambil order guna tab tapi kita masih tulis atas kertas. Mahal betul nak guna tablet atau Ipad. Yang best ada 10 doktor semuanya tulis dan tanya benda sama. Entah la warded dua hari rasa kesian ya amat kat depa doktor dan nurse.”

“Uniform tu, kitorang pernah mintak tukar, at least kalau dekat klinikal pakai scrub. Macam you sendiri cakap panas, memang panas dik. Tapi diorang tolak usul tu. Padahal scrub tu sangat practical.”

“Doktor-doktor kita power, pakar-pakar semua terbaik.. tapi sayang, fasiliti terhad, semua barang pun tak cukup. Hidup je dengan apa yang ada.”

Walaupun kita mengagumi Malaysia adalah antara negara di dunia yang mampu memberi perkhidmatan kesihatan percuma dan termurah, namun rakyat juga ingin merasai kemudahan selesa apabila menerima rawatan di hospital.