Daftar Selepas Dua Bulan Ujian, Keberkesanan Vaksin COVID-19 Rusia Diragui Saintis Dunia

Daftar Selepas Dua Bulan Ujian, Keberkesanan Vaksin COVID-19 Rusia Diragui Saintis Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Daftar selepas dua bulan ujian, keberkesanan vaksin COVID-19 diragui saintis dunia.

Semalam, dunia dikejutkan dengan pengumuman daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mendakwa Rusia sudah pun berjaya menghasilkan vaksin pertama untuk merawat jangkitan COVID-19 selepas dua bulan mengujinya kepada manusia.

BACA: Saintis China Yakin Vaksin Keluaran Mereka Berkesan 99% Rawat COVID-19

Putin turut memaklumkan anak perempuannya sendiri terlibat dalam eksperimen tersebu dan sudah pun menerima vaksin terbabit.

Vaksin yang sudah didaftarkan di Rusia itu bagaimanapun mengundang keraguan dan kebimbangan dunia kerana tempoh kelulusannya yang singkat.

Pakar antarabangsa yang masih skeptikal mempertikaikan keputusan ujian klinikal tersebut yang terus di daftar selepas dua bulan ujian. Malah para saintis di seluruh dunia termasuklah daripada kelompok saintis di Rusia sendiri mempersoalkannya.

Saintis Beri Amaran Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Akan Ditemui, Ini Sebabnya
Sumber: Sky News

Mereka memberi amaran tindakan tergesa-gesa Rusia menawarkan vaksin sebelum ujian peringkat akhir belum selesai boleh menimbulkan risiko. Ujian peringkat akhir di fasa ketiga boleh memakan masa selama berbulan-bulan melibatkan puluhan ribu sukarelawan bagi membuktikan ianya benar-benar selamat dan berkesan.

Pakar di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins University,  Amesh Adalja menjelaskan sekiranya vaksin Rusia ini didapati bermasalah ianya akan merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap sebarang vaksin COVID-19 selepas ini.

Memberi respon kepada kenyataan Rusia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu pihak mereka sedang berbincang dengan pihak berkuasa kesihatan Rusia mengenai pra-kualifikasi vaksin tersebut termasuk kajian dan penilaian ketat dari semua data keselamatan dan keberkesanan yang diperlukan.